Kenapa Emas Haram Untuk Lelaki

Kenapa emas haram untuk lelaki. Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandungi atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).
emas
Apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yang tidak dibuang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukanlah proses penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson,ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas?

Jawapannya adalah..

1- Hikmah yang sebenarnya bagi seorang Muslim ialah: tunduk dan patuh kepada perintah Allah Taala. Sebagaimana firmanNya:
“Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan wanita mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya membuat satu ketetapan, maka ada lagi pilihan lain tentang urusan mereka”. (Al-Ahzab: 36).
2- Kerana wanita adalah perhiasan, maka diberikan kelonggaran kepada mereka memakai emas dan sutera yang merupakan perhiasan yang paling tinggi. Manakala lelaki, dengan sifat kelelakiannya, tidak ada keperluan untuk menambah hiasan yang ada pada dirinya. Dan perhiasan2 itu tidak sesuai dengan sifat kelelakian seseorang lelaki.
Sebab itu dalam Quran, Tuhan menyebut ‘hilyah’ (perhiasan) dan ditafsirkan sebagai ‘wanita’ sebagaimana firman Allah:
“Dan adakah patut orang yang dibesarkan dalam perhiasan, sedangkan dia tidak dapat memberi alasan terang dalam pertengkaran?” (Al-Zukhruf: 18).
Mujahid berkata: “Diberi kelonggaran bagi wanita memakai sutera dan emas”. Kemudian beliau membaca ayat di atas, dan menafsirkan ‘perhiasan’ sebagai ‘wanita’. Tafsir Tabari 21/579.


Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa:

Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya.- (HR. Bukhori & Muslim)

Dari Abi Musa ra. bahwa Rasulullah saw bersabda,

”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya.- (HR Turmuzi dengan sanad hasan shahih)

Jadi setiap apa yang ditegur oleh Rasulullah SAW adalah sesuatu yang baik bagi setiap aspek.

Wallahua'lam...

Halaqah.net dengan sedikit olahan Rossa Calla

Video UAI Kenapa Emas Haram Untuk Lelaki


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now