Kontroversi Gary Steven Robbat Jadi Rebutan Tiga Pasukan

Kontroversi Gary Steven Robbat jadi rebutan tiga pasukan. Pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat bakal diselubungi kontroversi apabila namanya tersenarai di dalam tiga pasukan iaitu Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah untuk musim Liga Malaysia 2015 depan.
Gary Steven Robbat
Sumber dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi­tahu, Gary yang sebelum ini telah menandatangan kontrak dengan Pahang dalam sidang akhbar Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) di Kuantan sebelum ini, turut berada dalam senarai pemain pasukan JDT dan Kedah yang mendaftarkan pasu­kan masing-masing semalam.

Gary dan rakan seperjuangannya dalam skuad Harimau Muda A, D. Saarvindran dikatakan telah menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah pada pertengahan November lalu namun selepas beberapa minggu, dia menyatakan persetujuan untuk menyertai JDT.

Kehadiran Kedah yang merupakan negeri asal Gary melengkapkan drama perebutan pemain tengah itu dan dijangka ketiga-tiga persatuan bola sepak negeri berkaitan bakal menghadap Jawatankuasa Status FAM untuk menyelesaikan konflik antara mereka.

Berikut ulasan Gary ketika ditanya Utusan mengenai kontroversi ini
“Terkejut juga apabila saya mendapat perkembangan ini kerana saya sebenarnya belum membuat keputusan muktamad mengenai pasukan mana yang akan diwakili pada musim depan.
“Lebih baik saya tunggu selepas Piala AFF berakhir bagi menyelesaikan masalah ini kerana sekarang bukan masa yang sesuai kerana saya ada tugasan lebih besar bersama pasukan negara.
“Saya juga belum tandatangan dengan mana-mana pasukan sama ada Pahang, Kedah atau JDT...tunggu­lah selepas tamat Piala AFF,” 

Kes ini mengulangi kontroversi tahun lalu apabila Amirulhadi Zai­nal menjadi rebutan antara Pahang dan JDT sehingga terpaksa dibawa ke Jawatankuasa Status FAM.

Pemain tengah itu pada mula­nya telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun dengan Pahang tetapi kemudian mengikat kontrak dengan JDT.
Jawatankuasa Status FAM kemudian memutuskan kontrak Ami­rulhadi dengan Pahang tidak sah, sekali gus mengesahkan pemain itu menjadi milik JDT - Utusan online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now