Krisis MIC Ahli Desak Palanivel Letak Jawatan

Krisis MIC
Krisis MIC Terkini Ahli Desak Palanivel Letak Jawatan. Kekecohan berlaku di hadapan ibu pejabat MIC apabila sekumpulan ahlinya mengadakan demonstrasi, petang Khamis bagi membantah keputusan parti untuk mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh baharu pemilihan semula jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Kemelut dalaman parti itu tambah buruk apabila kira-kira 300 ahli MIC mewakili pelbagai bahagian turut mendesak Presidennya, Datuk Seri G.Palanivel untuk meletak jawatan.
Malah kain rentang yang tertera perkataan 'Tolong Letak Jawatan' dengan wajah Palanivel digantung di atas jejambat Lebuhraya Tun Razak menghadap bangunan tersebut.
Ratusan ahli yang berkumpul di hadapan bangunan di Jalan Rahmat itu sejak pukul 12 tengah hari tadi masih bertegas dengan pendirian bahawa mesyuarat itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia tidak sah.
Polis dan anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berada di hadapan bangunan tersebut untuk memantau situasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now