Kuantan Mula Dilanda Banjir

Kuantan Mula Dilanda Banjir. Pahang mula dilanda banjir dengan seramai 32 orang daripada lapan keluarga di PPRT Kempadang, di Kuantan, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang jam 8 pagi tadi selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 0.3 meter sejak jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada jalan yang ditutup setakat ini.

banjir di pantai timur malaysia

Di Kelantan pula, bilangan mangsa banjir meningkat daripada 19 orang kepada 716 orang selepas daerah Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah dilanda banjir berbanding hanya Pasir Puteh sebelum ini.

Semua mangsa daripada 316 keluarga itu ditempatkan di 15 pusat pemindahan di empat daerah berkenaan sehingga jam 11 pagi tadi.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 884 orang hingga jam 11 pagi tadi berbanding 1,260 orang jam 7 malam tadi.

Berdasarkan portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Kemaman mencatatkan daerah tertinggi mangsa banjir dengan 443 orang daripada 109 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Dungun mencatatkan 311 orang daripada 92 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan, manakala di Marang seramai 108 orang daripada 25 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Di Kuala Terengganu pula, seramai 22 orang daripada lima keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan - myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now