Laluan Jalan Alternatif Ke Kelantan Akibat Banjir Buruk

banjir gua musang
Laluan Jalan Alternatif Ke Kelantan Akibat Banjir Buruk. Banjir yang melanda Kelantan dilaporkan semakin buruk dimana jumlah mangsa di lapan jajahan meningkat daripada 16,081 mangsa malam tadi kepada 20,468 orang pagi ini dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 buah kepada 70 buah, menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan.

Peningkatan mangsa banjir adalah berikutan hujan lebat yang berterusan semalam di jajahan Gua Musang yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan membanjiri kawasan termasuk di bandar Gua Musang.

Pengguna jalan raya di Kelantan masih boleh melalui dua jalan utama yang dibuka sebagai laluan alternatif kepada jalan yang ditutup akibat banjir iaitu 

1) Jalan Kota Bharu ke Pasir Putih 
2) Jalan Jeli ke Pasir Putih melalui Machang 

Semua jalan utama lain ditutup dan tidak mempunyai jalan alternatif akibat air naik di beberapa kawasan dan penghantaran bantuan juga terpaksa dilakukan melalui helikopter.

banjir gua musang

Antara jalan utama yang ditutup kepada lalu lintas dan tidak mempunyai jalan alternatif ialah jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai, dari Kuala Krai ke Machang, dari Machang ke Kota Bharu dan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

Sebanyak 15 laluan di lapan jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang semakin, demikian menurut portal banjir kerajaan negeri.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Aishah Amin Aishah Amin 25 Disember, 2014
Assalamualaikum TUan Rumah!

Mohon sharing Kompilasi bantuan banjir Pantai Timur FYI

Terima kasih..Jom hulurkan bantuan