Laman Web Rasmi FAM Malaysia Digodam Vietnam

Laman Web Rasmi FAM Malaysia Digodam VietnamLaman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang tidak dapat mendedahkan identitinya dipercayai dari Vietnam. Hanya muka depan laman web FAM Malasyia yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.
Laman Web Rasmi FAM Malaysia Digodam Vietnam
FAM dalam satu status makluman di Laman FB FAM menyatakan berikut :-

Laman sesawang FAM telah diceroboh (hacked) dan pihak FAM dalam proses menyelesaikan isu tersebut. Buat sementara waktu laman ini akan ditutup.
Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada warga Vietnam di atas isu yang telah berlaku semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014, Malaysia melawan Vietnam di stadium shah alam, Selangor. Pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara tersebut, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak. FAM mengutuk sekeras - kerasnya keganasan dalam bola sepak. " LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM "

Godaman ini berlaku susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam. Laporan pergaduhan ada di laporkan di SINI.

Antara ayat 
dalam bahasa Vietnam yang dimasukkan adalah
"mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "
'bad play fans Malaysia'
Ketika ini laman web rasmi FAM Malaysia ditutup sementara waktu untuk penyelenggaraan.

fam web under maintenance


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now