Lanun Tembak Kelasi Vietnam Di Pulau Aur Johor

Lanun Tembak Kelasi Vietnam Di Pulau Aur Johor. Macam kebetulan pulak kekecohan dengan Vietnam ni. Hari Ahad lalu ianya berlaku diantara penyokong bolasepak selepas perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 di Shah Alam. Kini sekumpulan lelaki bersenjata menembak seorang kelasi Vietnam dan merompak 16 kelasi sebuah kapal tangki di perairan Pulau Aur, selatan Johor pada Ahad.
Pulau Aur Johor
Lelaki yang cedera ditembak di kepala itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura dan meninggal dunia di sana.

Serangan lanun itu berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa kapal yang membawa muatan asfalt dalam pelayaran dari Singapura ke Vietnam.

Ketua Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di sini Noel Choong berkata pihak berkuasa Singapura menghantar helikopter dan membawa kelasi yang cedera parah itu ke hospital.

Beliau menasihatkan kapal-kapal supaya mengambil langkah-langkah tegas dan memantau kegiatan melanun terutama pada sebelah malam dan melaporkan sebarang serangan kepada pusat itu di Kuala Lumpur untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi mendapatkan bantuan segera. Lapor mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 09 Disember, 2014
Jangan pula dituduh dan dianggap lanun Malaysia..