Majlis Nikah Datuk A Rahman Hassan Dan Fadilah Mansor 25 Disember 2014

Majlis nikah Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor 25 Disember 2014. Tahniah kepada penyanyi era 60-an iaitu Datuk A Rahman Hassan dan pelakon drama, Fadilah Mansor apabila bakal bernikah pada hari Krismas ini, 25 Disember 2014. Majlis akad nikah dirancang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu di di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC kira-kira pukul 8.30 malam.

Majlis nikah Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor 25 Disember 2014

A Rahman Hassan atau nama sebenarnya Abd Rahman Hassan, 68, sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Muhammad, namun wanita itu meninggal dunia pada 26 April 2013 akibat penyakit kanser pangkal rahim.

Menerusi perkahwinan terdahulu beliau mempujyai tiga orang anak lelaki termasuklah pelakon Khir Rahman. 

Majlis nikah Datuk A Rahman Hassan dengan pelakon drama, Fadilah Mansor ini hanya diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now