Misteri Ribuan Kerang Serang Pantai Terengganu Apa Puncanya?

Ribuan Kerang Serang Pantai Terengganu
Misteri Ribuan Kerang Serang Pantai Terengganu Apa Puncanya? Ribuan kerang terdampar di pantai pernah berlaku di Lumut dan Lahat Datu sebelum ini, dan kali ini amat mengejutkan apabila ianya berlaku pula buat beberapa kali di Terengganu. Ribuan kerang kini mendarat pula di Pantai Seberang Takir, sehingga menjadikan kawasan berkenaan dipenuhi penduduk setempat.

November 2014 lalu, fenomena yang sama berlaku di Pantai Rusila, Marang dan Pantai Sura Hujung, Dungun, apabila ribuan kerang terdampar di kawasan pantai menjadikan kawasan berkenaan seakan-akan pesta.

Misteri kerang mendarat di pantai disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku di pesisir pantai berkenaan.

Punca Ribuan Kerang Serang Dan Mendarat Di Pantai Terengganu

  • Penduduk menyifatkan ribuan kerang yang terdampar di atas pantai itu dipercayai kesan selepas berakhirnya hujan lebat dan ribut melanda negeri Terengganu sejak beberapa hari lalu.
  • Penduduk juga mengandaikan, hidupan yang biasanya terdapat di muara sungai dan laut cetek itu seolah-olah dipaksa keluar oleh gumpalan air laut selepas dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai.  
  • Ribuan kerang terdampar itu boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan air masin di muara sungai menyebabkan hidupan itu menuju ke arah laut. “Akibat arus kuat dari muara sungai ke laut, ribuan kerang ini terdedah kepada ombak dan akhirnya dihanyutkan ke pantai semula.

Ribuan Kerang Serang Pantai Terengganu

Ribuan Kerang Serang Pantai Terengganu

Ribuan Kerang Serang Pantai Terengganu

Gambar kredit http://infolaju.blogspot.com/ & http://tikaqbuloh.blogspot.com/

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 20 Disember, 2014
Alhamdulillah, rezeki hujung tahun..
Najib Ariyan Najib Ariyan 29 Disember, 2014
Salam...

saya rasa ini adalah sesuatu yg luarbiasa dan kerang2 tersebut ingin memberitahu sesuatu dan ternyata ingin memberitahu tentang banjir besar yg bakal datang...

mungkin juga... yer tak?? fenomena alam yg luarbiasa selalu berkait dengan fenomena alam yg lain...