Nahas Belon Udara Di Cappadocia Turki Ragut Satu Nyawa

Terkini Nahas Belon Udara Di Cappadocia Turki Ragut Satu Nyawa. Keriangan beberapa warga Malaysia yang sedang menyertai percutian di Cappadocia, Turki bertukar menjadi peristiwa ngeri apabila mereka cedera dalam insiden belon panas di tengah Turki hari ini.

Dalam kejadian malang yang melibatkan 10 mangsa itu, seorang warga China maut.
Nahas Belon Udara Di Cappadocia Turki

Insiden di destinasi pelancongan tapak warisan dunia UNESCO itu berlaku di kawasan formasi batuan di Lembah Gubercinlik di wilayah Nevsehir, lapor agensi berita Dogan.

Mangsa rakyat Malaysia itu kini sedang menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius. Anggota keselamatan dan pihak ambulans juga telah bergegas ke tempat kejadian.

Pelancong China yang dikenal pasti sebagai Tang Yi itu meninggal dunia di tempat kejadian sementara yang lain dipercayai warga China dan Malaysia, dikejarkan ke hospital kerana patah tulang.

Kedutaan Malaysia di Ankara memberitahu secara keseluruhan seramai lima rakyat Malaysia cedera dalam nahas itu.

Tarikan menaiki belon panas merupakan aktiviti popular sejak kebelakangan ini di Turki walaupun isu tentang standard keselamatan pernah dibangkitkan sebelum ini.

Beberapa buah syarikat pengendali pelancongan menawarkan aktiviti menaiki belon panas di Cappadocia. Destinasi tersebut merupakan tarikan pelancongan utama kerana pemandangan formasi batuan berbentuk tirus, bandar-bandar bawah tanah dan gereja-gereja usang.

Pada Mei 2013, tiga pelancong Brazil yang melawat Turki maut apabila dua belon panas berlanggar di ruang udara Cappadocia - mStar & Astro Awani

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now