Najwa Mahiaddin Anak TPM Selamat Bertunang Dengan Idris Koh Keng Hui

Najwa Mahiaddin anak TPM selamat bertunang dengan Idris Koh Keng Hui. Penyanyi Najwa Mahiaddin, 28, telah selamat melangsungkan majlis pertunangan beliau dengan lelaki pilihannya, Idris Koh Keng Hui, Isnin 8 Disember 2014.
Najwa Mahiaddin dan Idris Koh Keng Hui
Najwa yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengadakan majlis tersebut di kediaman rasmi keluarganya di Putrajaya dan hanya dihadiri oleh sanak saudara dan rakan terdekat.

Dia yang terkenal dengan lagu You’ve Got To Go memilih Idris sebagai tunangan kerana pemain gitar bass itu sering mengiringinya ketika mengadakan persembahan dan dari situlah perkenalan mereka bermula.

Idris Koh Keng Hui adalah salah seorang daripada ahli muzik di dalam band iringan Najwa. Selain bermain bass, dia juga adalah orang yang bertanggungjawab merencana, menyusun serta melakukan koordinasi muzik di dalam repertoire Najwa, setiap kali penyanyi kelahiran Johor ini membuat mana-mana persembahan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI 10 Disember, 2014
Kenapa binti ke ayahnya tu tak tally dengan nama TPM ye?