Palestine Airlines Syarikat Penerbangan Nasional Tanpa Negara

Palestine Airlines Syarikat Penerbangan Nasional Tanpa Negara.Tahukah anda, Syarikat Penerbangan Palestin atau Palestine Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan nasional yang tidak mempunyai negara sendiri. Bahkan, Palestin tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa sendiri.
Palestine AirlinesPalestinian Airline ditubuhkan pada 1 Januari 1995. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 1997 dengan beberapa siri penerbangan charter membawa rombongan haji ke Jeddah. Penerbangan ini pada asalnya menjadikan Gaza sebagai pengkalan operasinya. Akan tetapi, berikutan sekatan Israel terhadap ruang udara Gaza, Palestinian Airlines telah memindahkan pengkalannya ke Port Said, di utara Mesir.

Perkhidmatan penerbangan awamnya bermula pada 23 Julai 1997 yang beroperasi untuk destinasi Jordan dan Arab Saudi dari Arish, Sinai Utara di Mesir. Ia kemudiannya memindahkan kembali pengkalan operasinya ke Gaza setelah pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza pada November 1998. Ia juga telah membuka beberapa laluan destinasi baru selari dengan pembukaan lapangan terbang tersebut.
Syarikat ini terpaksa kembali menghentikan operasi pada Oktober 2000 rentetan berlakunya Intifadhah Al-Aqsa. Pada Disember 2001, ia terpaksa memindahkan pengkalannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish selepas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat di Gaza tersebut dimusnahkan.
Sehingga kini, syarikat penerbangan ini masih beroperasi secara terbatas. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Palestin dan mempunyai 398 pekerja sehingga tarikh Mac 2007.
Selepas Perang 'Asfil Ma'kul (2014), di antara tuntutan Gaza dalam perjanjian damai adalah dibenarkan untuk membina semula Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza dan ruang udara Gaza dijadikan ruang larangan pesawat perang Zionis. Sehingga kini, tuntutan tersebut masih tidak dipenuhi.
Syarikat Penerbangan Palestin, kini satu-satunya penerbangan yang tidak boleh kembali ke negara sendiri. SUMBER
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now