Pasukan Sabah Bakal Ikat Abdoulaye Faye Bekas Pemain EPL

Abdoulaye Faye join sabah
Abdoulaye Faye (Kiri)
Pasukan Sabah Bakal Ikat Abdoulaye Faye Bekas Pemain EPL. Skuad Liga Perdana Sabah membuat satu lagi 'tangkapan besar' apabila bakal mengikat bekas pemain pertahanan Hull City, Abdoulaye Faye.
Bekas pemain kebangsaan Senegal itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang tadi dan dijangka memuktamadkan kontraknya bersama skuad Sang Badak, esok.
Pemain berusia 36 tahun itu bakal bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Senegal, El Hadji Diouf yang sebelum ini sudah mengikat kontrak bersama Sabah.
Ketibaan Faye disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Rhino, Datuk Seri TC Goh dan pengurus pasukan, George O' Callaghan serta pembantunya, Rahman Zakaria.
Faye sebelum ini pernah beraksi bersama Bolton Wanderes pada tahun 2005 hingga 2007, Newcastle United (2007-2008), Stoke City (2008-2011), Wes Ham United (2011-2012) dan kelab terakhir beliau bersama Hull City (2012-2014).
Beliau juga mempunyai 35 penampilan bersama skuad kebangsaan Senegal dari tahun 2002 hingga 2010 - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now