Pelakon Terkenal Sedia Latih Harimau Malaya

Pelakon Terkenal Sedia Latih Harimau Malaya

Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki mengaku sedia melatih skuad Harimau Malaya. Untuk makluman peminat bolasepak semua, Malaysia menang 3-2 malam tadi tapi kalah secara aggregat 3-4 kepada Thailand dalam Final Piala AFF Suzuki 2014. Video gol Malaysia vs Thailand di SINI

Apakah ini bermakna Afdlin mahu mengambil alih tempat Dollah Salleh?

"Tidak. Saya bukan jurulatih taktikal bola sepak tetapi jurulatih lakonan. Saya mahu ajar pemain Harimau Malaya bagaimana mahu baiki mutu lakonan ketika beraksi di padang," 
Terpulang kepada anda menilai ini sebagai gurauan ataupun satu tawaran yang serius. Jom layan video Afdlin Shauki ini


“Saya sendiri boleh ajar. Tak payah hantar ke kelas lakonan. Saya boleh tunjuk sebab saya sendiri pun minat bola," kata penyokong tegar Liverpool itu.

Ditanya mengenai tempoh, bagi Afdlin, sebulan memadai.

Tempoh itu kata Afdlin, cukup untuk dia menurunkan ilmu yang boleh menyebabkan lakonan pemain bola sepak dipercayai dan mempengaruhi pengadil.

Afdlin berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap 'lakonan' pemain bola sepak negara berbanding pasukan lawan yang akan mereka temui malam ini yang begitu ketara kualiti persembahan mereka ketika final pertama di Bangkok lalu - Sinar Harian


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now