Penduduk Johor Siap Sedia Hadapi Banjir Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia


Penduduk Johor Siap Sedia Hadapi Banjir Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka berlaku dari 28 hingga 30 Disember 2014 ini.

Ketua Penolong Setiausaha MKN Johor, Azura Muhammed Kifli, berkata bencana itu dijangka berlaku kesan daripada luruhan monsun menyebabkan hujan lebat yang boleh berterusan lebih tiga hari.

MAKLUMAT TERKINI BANJIR DI MALAYSIA DI SINI

"MKN Johor menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi banjir berdasarkan amaran awal yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman http://www.met.gov.my," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, 24 Disember 2014.

Azura berharap orang ramai peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui hebahan berita dan media sosial iaitu 

1) Portal Bencana Johor (Facebook) dan 
2) akaun Twitter @PBencanaJHR.

BERNAMA

TERKINI
KEMASKINI MALAYSIA METEOROLOGICAL DEPT
JAM 12:15AM | 25 DISEMBER 2014

• AMARAN HUJAN LEBAT PERINGKAT MERAH UNTUK NEGERI PAHANG DAN JOHOR
• HUJAN SEKEJAP-SEKEJAP KADANGKALA LEBAT DI NEGERI PAHANG DAN JOHOR ( BAGI DAERAH MERSING DAN SEGAMAT ) DIJANGKA BERTERUSAN SEHINGGA HARI KHAMIS, 25 DISEMBER 2014

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now