Pengguna Kini Beralih Ke Minyak RON97

Pengguna pilih RON97
Orang Ramai Kini Beralih Ke Minyak RON97. Langkah Kerajaan memansuhkan subsidi untuk RON95 dan diesel bermula 1 Disember 2014 lalu dan mengamalkan sistem apungan terurus menyebabkan ramai pengguna memilih untuk RON97 dengan banyak stesen minyak kehabisan bekalan.

Punca utama orang ramai/ pengguna beralih ke RON97 dari RON95 adalah kerana perbezaan harga yang sangat rendah antara harga RON95 (RM2.26 seliter) dan RON97 (RM2.46). Kualiti RON97 juga antara faktor pengguna beralih ke minyak petrol jenis ini.

Syarikat-syarikat minyak kini sedang berusaha untuk meningkatkan bekalan RON97 untuk memenuhi permintaan awam, yang telah meningkat empat kali ganda sejak pelupusan subsidi untuk RON95 dan diesel.

Kerajaan juga sedang meningkatkan usaha penguatkuasaan dari segi pemantauan stesen minyak untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat minyak dapat mengawal bekalan untuk RON97, RON95 atau diesel.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 04 Disember, 2014
RON 97 tengah laris di pasaran...