Perak Dan Kedah Paling Teruk 'Diserang' Rumpai Miang Mexico

Rumpai Miang Mexico
Perak Dan Kedah Paling Teruk 'Diserang' Rumpai Miang Mexico. Rumpai miang Mexico kini menjadi trending kerana ianya amat merbahaya sekarang. Atas kesedaran ini, Jabatan Pertanian telah mewujudkan satu jawatankuasa bertindak bagi menghapuskan rumpai miang Mexico atau istilah saintifiknya parthenium hysterophorus.

Rumpai merbahaya ini kini telah merebak dan ditemui meluas di kawasan seluas 28.28 hektar di seluruh Malaysia melibatkan enam buah negeri berbanding hanya 4.8 hektar pada November lalu. Kesedaran orang ramai tentang tumbuhan ini semakin bertambah membolehkan maklumat rumpai ini dapat dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Antara negeri yang dikesan ditumbuhi rumpai miang Mexico termasuk Perak seluas lapan hektar, Selangor (0.7 hektar), Kedah (13 hektar), Negeri Sembilan (5.6 hektar), Johor (0.9 hektar) dan Melaka (0.08 hektar).
“Rumpai ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan alahan teruk terhadap kanak-kanak dan orang tua. Setiap pokok mampu menghasilkan 100,000 biji benih dengan setiap satunya mampu bertahan selama 10 tahun jika tertanam di dalam tanah dan tumbuh semula,” 

Apa itu Rumpai Miang Mexico? Anda boleh rujuk di SINI.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now