Peraturan Peniaga Online Wajib Daftar Dengan SSM

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran perniagaan adalah perlu itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

Peniaga Online Wajib Daftar Dengan SSM
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 pada persidangan Dewan Negara Rabu, 17 Disember 2014.
"Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka," 
Untuk mendaftar perniagaan anda boleh pergi ke laman web SSM

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 18 Disember, 2014
Peniaga online perlu alert segala informasi ini... terima kasih di atas perkongsian yer...