Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2015 Dilanjutkan Ke 31 Januari

Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2015 Dilanjutkan Ke 31 Januari

BR1M 2015 Borang Permohonan Baru Dan Kemaskini Dilanjutkan Ke 31 Januari. Kerajaan hari ini bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 Januari 2015 depan dari tarikh sebelum ini yang dijadualkan diagihkan pada akhir Januari 2015.

Bayaran akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada penerima dari negeri yang dilanda banjir.

Kerajaan juga bersetuju permohonan baru dan kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (pengemaskinian) dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015 daripada tarikh asal 31 Disember 2014.

Pengemaskinian borang permohonan BR1M 2015 boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M di laman web https/:ebr1m.hasil.gov.my atau boleh mengunjungi mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/ 4566 serta melalui email:br1m@treasury.gov.my,

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 29 Disember, 2014
Begitulah yang sebaik-baiknya..:)
mukhsin sein mukhsin sein 07 Januari, 2015
kenapa saya cuba kemaskini secara online tp tidak boleh..sy perlu tukar akaun bank yg baru sbb akaun yg sblum ni sudah tidak aktif.