e-Rayuan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan e-Rayuan SBP 2017 Tingkatan 1 Online. Perhatian buat pelajar yang gagal dalam semakan tawaran SBP Tingkatan 1 2017. Permohonan e-Rayuan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2017 kini dibuka dari 14 Disember 2016 sehingga 5 Januari 2017. Pelajar yang telah membuat permohonan tetapi gagal dan pelajar yang tidak memohon pada permohonan pertama kini boleh merayu secara online. Rayuan permohonan ke Tingkatan 4 SBP pula boleh dibuat bermula 20 Januari sehingga 5 Februari 2017.


permohonan rayuan sbp tingkatan 1 2017

e-Rayuan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Berikut dikongsikan panduan membuat  e-Rayuan SBP 2017 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 secara online boleh dibuat di  
Pemohon dinasihatkan untuk melihat syarat kelayakan kemasukan SBP Tingkatan 1 terkini sebelum membuat rayuan/ permohonan.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2017
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. MAKLUMAT KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D.   MAKLUMAT ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar
              2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

              • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2017
              • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
              • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
              • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
              • Klik pada e-rayuan
              • Hantar
              Semoga pelajar yang membuat permohonan e-rayuan SBP 2017 Tingkatan 1 dan 4 online ini berjaya.

              0 comment... add one now