Permohonan Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 Online

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017. Berbeza dengan IPTA yang lain, Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai proses permohonan tersendiri. Permohonan untuk mengikuti program pengajian di USM adalah SECARA TERUS ke USM tanpa melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (UPU) bagi Ijazah Pertama. Jika anda seorang pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi, STPM atau Diploma dan ingin meneruskan pengajian di USM, berikut disertakan cara ringkas dan mudah bagaimana untuk memohon kemasukan ke USM seperti dipetik dari laman web Pohon @ USM.


permohonan usam 2016 online

Cara Buat Permohonan Ke USM 2016

1. SALURAN PERDANA : Permohonan Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Sepenuh Masa) 

Berikut adalah panduan Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2016/2017 meliputi tarikh buka dan tarikh tutup permohonan.

Application to First Degree in Universiti Sains Malaysia Academic Session 2016/2017

  • Tarikh Buka Permohonan : 18 Januari 2016 (Isnin, Jam 12 tengah hari)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 4 April 2016 (Isnin, Jam 12 tengah malam)
  • Sila semak syarat kemasukan (am dan kelayakan) di USM 2016 sebelum memohon 
Permohonan ke USM Saluran Perdana adalah terbuka kepada :
  • 1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
  • 2. Lepasan STPM 2015.
  • 3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain

Langkah-Langkah Permohonan USM Online

  • 1.1 Calon-calon perlu mendaftar melalui applikasi permohonan di laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
  • 1.2 Calon perlu membeli nombor PIN USM PERDANA [RM40.06] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu sebelum melakukan proses pendaftaran. Senarai lengkap harga PIN Unik BSN boleh dirujuk di Laman Web BSN.
  • 1.3 Calon akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran. 
  • 1.4 Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
  • 1.5 Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
  • 1.6 Program pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
  • 1.7 Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.  

Selain Saluran Perdana di atas, USM juga ada menawarkan lain-lain permohonan seperti Permohonan Ijazah Sarjana Muda (Saluran Alternatif), Permohonan Program Jarak Jauh (PPJJ) dan Diploma Jururawat.

Berikut disertakan maklumat penting berkenaan permohonan kemasukan program ini untuk Sesi 2016/ 2017 :-

2. SALURAN ALTERNATIF : Permohonan Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Perama Sepenuh Masa)

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda [Sepenuh Masa] Sidang Akademik 2016/2017 akan dibuka mulai 18 Januari 2016 (Isnin), jam 12 tengah hari sehingga 4 April 2016 jam 12 tengah malam.

3. Permohonan Program Jarak Jauh (PPJJ)

Permohonan Program Pengajian Jarak Jauh Sidang Akademik 2016/2017 akan dibuka mulai 4 JANUARI 2016 (ISNIN) jam 12 tengah hari sehingga 21 MAC 2016 jam 12 tengah malam.  Panduan permohonan PPJJ sila klik USM 2016.

4. Diploma Kejururawatan

Permohonan ProgramDiploma Kejururawatan USM Sidang Akademik 2016/2017 akan dibuka mulai 25 FEBRUARI sehingga 4 APRIL 2016.

Untuk pelajar yang berminat untuk memohon pengajian ke Universit Awam selain USM, anda boleh membuat permohonan ke UA/ IPTA lain melalui Permohonan UPU online.

5. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lain

Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi. Tarikh permohonan adalah dari 18 Januari hingga 4 April 2016. Panduan Permohonan dan link permohonan boleh dirujuk di Permohonan UPU 2016  

6. Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM

Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.  

7. Maklumat Am Permohonan USM

  • 4.1 Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
  • 4.2 Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir bulan April dan boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
  • 4.3 Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan USM 2016, sila hubungi talian 1 300 888 876 atau email di admissions@usm.my.

Semoga panduan Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 ini bermanfaat kepada semua. 
 


{ 25 comments.. read them below or add one }

Zati Zati 28 Disember, 2014
Bila boleh mula beli no pin untuk apply usm?
Rossa Calla Rossa Calla 28 Disember, 2014
19 Jan 2015
http://rossacalla.blogspot.com/2014/11/tarikh-beli-nombor-pin-unik-id-upu-sesi-2015.html
Zati Zati 28 Disember, 2014
Tapi itu untuk no pin upu kan? Nak apply usm no pin dia lain daripada no pin untuk apply upu kan?
Rossa Calla Rossa Calla 28 Disember, 2014
Ya betul
Utk USM boleh refer sini
http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=288
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Februari, 2015
saya nak tanya, permohonan ke usm ni mmg utk lepasan matrikulasi/asasi, stpm shj ke?
Eqmal 95 Eqmal 95 15 Februari, 2015
Lepasan Kolej Komuniti boleh sambung ke UTHM?
desperate student desperate student 18 Mei, 2015
semakan temuduga untuk matrikulasi dah lepas ke untuk sesi 2015/2016 . mohon balas .
desperate student desperate student 18 Mei, 2015
semakn untuk temuduga ke USM sesi 2015/2016 belom bukak ke ? sebab tak boleh even dah cuba bnyak kali
Rossa Calla Rossa Calla 18 Mei, 2015
https://pohon.usm.my/default.asp?s=1
Pitzine Junior Pitzine Junior 30 Julai, 2015
Bila keputusan bgi lepasan Matrik dll lepasan 2015?
rafeel hairul richard rafeel hairul richard 20 November, 2015
Bila kemasukan untuk tahun 2016? Saya nak mohon
Rossa Calla Rossa Calla 21 November, 2015
Jangkaan bulan Jan 2016 USM
DENESH KUMAR DENESH KUMAR 30 November, 2015
Selamat sejahtera ,saya seorang pelajar universiti sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan .Saya pelajar semester satu tahun 1.Saya nak mohon USM bagi kemasukan semester kedua boleh ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Januari, 2016
Maaf, USM tidal ada asasi tersendiri ke
Fatin Nor Aisyah Fatin Nor Aisyah 07 Januari, 2016
Kalau dari lepasan asasi selain pasum dgn asasi uitm boleh apply usm ke?
adlina fariza adlina fariza 18 Januari, 2016
Maaf bertanya. Saya pelajar diploma di Kolej Profesional Mara dan sedang menunggu waktu untuk konvo dijangka bulan 9 ini. Bolehkah saya nak memohon kemasukan ke USM pada Jan 2016 ini? Mohon penjelasan
Rossa Calla Rossa Calla 18 Januari, 2016
Boleh semak syarat am dan kelayakan kemasukan ke usm di https://pohon.usm.my/default.asp?s=1&daftar=19
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 Januari, 2016
nak tanya,usm mmg takde asasi ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Februari, 2016
saya pun nak tanya jgk, usm ni ada asasi tak????????
Unknown Unknown 15 Mac, 2016
permohonan utk selain yang dari asasi uitm and pasum bleh ke?contohnye dari asasi uia
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 April, 2016
nak tanye kalau kita nak print borang permohonan usm selepas tarikh tutup boleh tak.
Ezaty Akhir Ezaty Akhir 22 Mei, 2016
Kalau nak mohon terus ke uni secara manual macam mana ya ?? Boleh ke tidak?
Unknown Unknown 02 Jun, 2016
Siapa dapat pjj usm 2016/2017 utk math boleh wassap tak 0137894192
kiwie kiwie 11 Oktober, 2016
tumpang tanya. UM ada intake kedua tak untuk 2016 ni?
Rossa Calla Rossa Calla 11 Oktober, 2016
Boleh rujuk di FB UPU. Yang ada second intake UIAM, UUM, UiTM, UPSI dan UTHM untuk lepasan STPM dan setaraf. klik https://www.facebook.com/646433295426674/photos/a.646964395373564.1073741828.646433295426674/1202225263180805/?type=3