Permohonan Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017

Borang Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017 Secara Online. Berikut disertakan makluman terkini dan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

Permohonan Lepasan STPM/ Setaraf UM Semester 1

1. Dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan yang permohonan kemasukan ke Universiti Malaya untuk pemohon lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2016/ 2017 perlu dilakukan menerusi laman web rasmi UM di www.um.edu.my.

* Terkini : Permohonan Kemasukan ke Program Asasi (Foundation) dan Pengajian Peringkat Ijazah Pertama Universiti Malaya Sesi Akademik 2016/2017 akan dibuka dari 18 Januari hingga 5 April 2016
Sila layari portal permohonan di Bachelor & Foundation atau https://myum-id.um.edu.my/
  • Tarikh buka permohonan : 18 Januari 2016 (12 tengahari)
  • Tarikh Tutup : 5 April 2016  
  • Manual Pengguna - Klik UM
  • Syarat Kemasukan - Klik Bachelor
Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM)

Jenis Permohonan

1. Foundation atau Program Asasi

  • Permohonan di buka kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pemohon perlu membeli No Pin Unik ID dari BSN seluruh Malaysia dengan harga RM15.60

2. Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama UM (Tempatan)

  • Permohonan hanya untuk lulusan STPM, Matrikulasi, Diploma, STAM/ atau setaraf
  • Tiada caj permohonan

3. Permohonan UM untuk lepasan SPM setaraf 

Permohonan masih melalui UPU. Sila rujuk di Permohonan UPU 2016 online.
iklan Permohonan Universiti Malaya 2016

Permohonan UM Semester 2 Lepasan STPM/ Setaraf

Second intake untuk permohonan ke UM semester 2 sesi 2016/ 2017 akan dibuka secara online bermula hujung bulan Oktober 2016. Inay adibuka kepada pemohon berkelayakan STPM, Diploma, Matrikulasi dan setaraf. Permohonan boleh dibuat secara online di http://myum-id.um.edu.my bermula dari 31 Oktober : 1200 tengahari sehingga 14 November 2016, jam 5 petang. Sumber FB Halatuju. Tarikh dan maklumat permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Diantara program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
  1. Academy of Malay Studies
  2. Academy of Islamic Studies
  3. Faculty of Economy & Administration
  4. Faculty of Sciences
  5. Faculty of Computer Science & Information Technology
  6. Faculty of Arts & Social Sciences
  7. Faculty of Law
  8. Cultural Centre

Pemohon boleh memuat turun atau download syarat kemasukan di  UM requirement

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan boleh hubungi talian 03 79673279 / 3441 / 3448/ 3502 /3440 /atau emel skr@um.edu.my

Semakan Keputusan Permohonan UM Online

Semakan Tawaran Kemasukan Semester II, Sesi 2015/2016
Tarikh semakan : 18 Januari 2016, 12:00 PM hingga 31 Januari 2016, jam 11:59 PM

Link semakan : https://myum-id.um.edu.my/

Permohonan Ke USM/ UUM Online

Berikut perkara penting untuk panduan semua pelajar yang ingin membuat permohonan ke UA/ IPTA nanti 
  • Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi akademik 2016/ 2017 perlu dilakukan di laman web USM di www.usm.my. Cara buat permohonan online ke USM boleh rujuk di Permohonan USM 2016 Online.
  • Program Asasi Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diperkenalkan pada sesi 2015/ 2016. Layari laman web rasmi UUM di www.uum.edu.my

Makluman Permohonan Tahun Lepas Sesi 2015-2016


Permohonan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2015/ 2016
Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2015/ 2016

Selamat membuat Permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017(Pengambilan semester 1 dan 2). Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UM.

{ 21 comments.. read them below or add one }

Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 16 Jun, 2015
nak semak panggilan temuduga universiti malaya bg pendidikan di laman web apa?
Rossa Calla Rossa Calla 16 Jun, 2015
https://myum-id.um.edu.my/
sharul boom sharul boom 22 Jun, 2015
salam,
nak tanya, bagi course yg tiada temuduga, keputusan utk tahu kita dapat course tu ke tidak , kita boleh tahu bila ea??
LOVING LOVE LOVING LOVE 03 Ogos, 2015
salam,,
klu mau masuk um kna mohon melalui upu lg ke?
Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 06 Ogos, 2015
tak perlu.mohon kepada um terus.kerana um guna system autonomi..
Unknown Unknown 22 September, 2015
Assalam...mcm mana nak mohon sarjana muda uum sesi 2 2015/2016?
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 Oktober, 2015
Assalamualaikum. Bila tarikh buka sesi 2 2015/2016 bagi uum dan um? Terima Kasih
Myu Ri Myu Ri 17 Disember, 2015
Salam? Kalau dah beli Pin upu boleh mohon mna2 u ker? Sy da beli pin upu untk matriks n da isi da borang dia. Skg? dgn mgunakn pin tuu sy boleh isi borang permohonan mna2 u ker?
Rossa Calla Rossa Calla 17 Disember, 2015
Walaikumsalam, sila rujuk di sini ya http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=289. Setiap program berbeza Pin nya
shuhadah kassim shuhadah kassim 06 Januari, 2016
salam.. nk tye..bila ye tarikh keluar semakan permohonan um 2016 ?
sheda razi sheda razi 10 Januari, 2016
Saya dh terlepas temuduga intake feb, apa perlu sya buat?
shuhadah kassim shuhadah kassim 11 Januari, 2016
boleh sy tahu bilakah tarikh keluar tmuduga tu ye.. sy tidak dapat semak..maaf bertanya
shamsul shahrizal shamsul shahrizal 25 Januari, 2016
UM intake fabruari ad rayuan x?
Amir Hafiz Amir Hafiz 23 Mac, 2016
Salam, saya nk tanya, saya dh cuba byk kali, bila saya daftar akaun utk memohon program ijazah um terdapat masalah iaitu saya xblh nk daftar dan bila ditekan butang daftar ia tidak berfungsi..adakah saya seorg sahaja yg mengalami masalah ini atau website um ada masalah pemohonan online????? Mohon pencerahan..huhuhuhuhu
Nur Hawa Nur Hawa 09 Jun, 2016
Bila tarikh kemaskini kemasukan um peringkat ijazah bagi lepasan stpm/matrikulasi september ini?
Zulaikha Adrina Zulaikha Adrina 09 Jun, 2016
kita perlu tukar cgpa ke untuk kemaskini fasa kedua? sebab saya dah pun sah kan program tapi tak tukar cgpa semester 2. masih cgpa sem 1 dalam borang permohonan tersebut. apa saya harus buat? sebab sebarang pertukaran tidak boleh dibuat
aien esfa aien esfa 30 September, 2016
salam bila boleh kita apply program master untuk sesi Feb 2016 ye? Ada tarikh atau bila-bila masa boleh apply?
Rossa Calla Rossa Calla 01 Oktober, 2016
Ini untuk kemasukn June 2017. http://pgadmission.um.edu.my/iklan/iklan_kemasukan_klinikal.pdf
Rossa Calla Rossa Calla 01 Oktober, 2016
Ini untuk kemasukan Master UM Februari 2017 http://pgadmission.um.edu.my/iklan/iklan_kemasukan_201620172.pdf