Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2015

Borang Permohonan Semakan Semula Result Keputusan PT3 2015. Umum sedia maklum yang keputusan PT3 2015 akan diumumkan pada 14 Disember 2015. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda, pemohon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2015 melalui prosedur dan langkah-langkah ringkas seperti berikut seperti disarankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:-
Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu. 
Prosedur dan borang permohonan lengkap semak semula result PT3 2015 boleh download di SINI
Semak Semula result Keputusan PT3 2014


PANDUAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA RESULT PT3 2015

  1. Permohonan  hendaklah  dibuat  dalam  tempoh  30  hari  dari  tarikh  keputusan  peperiksaan diumumkan.
  2. Permohonan    Penyemakan    Semula    Keputusan    PT3    hendaklah dibuat    dengan menggunakan  Borang  Penyemakan  Semula  Keputusan  PT3.  Permohonan  yang  tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2015 boleh didapati dari:
  • Sekolah
  • Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN
  • Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lp.edu.my. Klik LP Muka surat 28

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu salinan

  • Pernyataan Keputusan PT3.
  • Semua  dokumen  di  atas  hendaklah  disahkan  oleh  Guru  Besar/Pengetua  atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM 1.00 pada setiap sampul.


Dokumen-dokumen  berikut  hendaklah  dimasukkan  ke  dalam  sampul  surat  berukuran 32cm x 23cm dan ditulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut.
  • satu salinan pernyataan keputusan PT3
  • Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan
  • Dua   sampul   surat   berukuran   11cm   x   22cm   beralamat   sendiri   yang   telah dilekatkan setem RM1.00
.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • Calon Sekolah – Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calon dikeluarkan.
  • Calon Persendirian – Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri
Borang  permohonan  yang  diterima  selepas  30  hari  dari  tarikh  pengumuman  rasmi
keputusan PT3  tidak akan diproses. Keputusan  permohonan  akan  dimaklumkan  melalui  surat  rasmi  dalam  tempoh  dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima



BAYARAN FEE

  • i. Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian.
  • ii. Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran.
  • iii. Fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama
  • PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima


KEPUTUSAN PENYEMAKAN SEMULA

  • i. Keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon.
  • ii. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan diterima
Semoga panduan mengenai Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2015 ini bermanfaat untuk merek ayang ingin membuat permohonan semakan. Apa-apa pun semoga berjaya dengan cemerlang buat pelajar PT3 2015.


0 comment... add one now