Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2016/ 2017 Online

Permohonan UPU Ke IPTA/UA ILKA Dan Politeknik Sesi 2016/2017 Online. Berikut adalah panduan penting berkenaan dengan Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2016/2017. Borang Permohonan UPU 2016/ 2017 juga di buka untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2016.
* Permohonan UPU 2017/ 2018 secara online boleh dirujuk di UPU 2017. Tarikh permohonan UPU 2016/2017 adalah dari 18 Januari hingga 5 April 2016. Menurut Laman Web BSN, tarikh pembelian PIN Unik UPU pula adalah pada 18 Januari 2016 hingga 4 April 2016 dimana pada tahun lepas, tarikh buka permohonan adalah pada 19 Januari 2015. Jangan dedahkan Nombor  Unik  ID  kepada  orang  lain,  kerana  ianya adalah SULIT. Tarikh penting dan semakan keputusan UPU 2016 boleh dirujuk di Keputusan UPU 2016.

Permohonan UPU 2016 Online

Iklan permohonan akan dikeluarkan awal di akhbar utama tempatan sebelum Sistem Permohonan UPU 2016/ 2017 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang sama dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Januari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 - 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.  
Cara Kemaskini Permohonan UPU 2016 di Kemaskini. PERMOHONAN FASA KEDUA BAGI LEPASAN STPM 2015 ADALAH UNTUK MEREKA YANG MENGAMBIL PEPERIKSAN ULANGAN PENGGAL 3 (U3)/ MATRIKULASI & ASASI TAHUN 2015 SAHAJA. DENGAN SYARAT TELAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN AWAL (18 JANUARI 2016 - 5 APRIL 2016)
Fasa 2 hanya dibuka kepada 
  • 1. Calon STPM (U3) : 3 Mei hingga 6 Mei 2016
  • 2. Calon Matrikulasi & Asasi : 9 Jun hingga 17 Jun 2016
* dengan syarat telah membuat permohonan semasa Permohonan Pertama (Utama).
  • Sila login masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa Permohonan Pertama  

Jenis Lepasan Permohonan UPU

1. Lepasan SPM/ Setaraf

Pemohon mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf

2. Lepasan STPM/ Setaraf

Pemohon mempunyai kelayakan STPM, Matrikulasi, STAM & Diploma/ Setaraf untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA)

3. Lepasan Sijil Kemahiran

Pemohon mempunyai kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/2/3/4 untuk permohonan kemasukan ke Institusi Kemahiran Awam (ILKA) 

Jika anda masih tercari-cari kursus atau maklumat berkenaan UA/ IPTA yang sesuai dan tepat, jom datang ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 di lokasi dan tarikh di Jom Masuk U 2016  atau Karnival Pendidikan MARA 2016. Bagi yang berminat untuk ke IPTS, anda boleh memohon secara online di SKEP dan sila klik untuk Senarai terkini IPTS berdaftar di Malaysia - JPT Swasta 
 
Permohonan UPU ke IPTA ILKA Dan Politeknik sesi 2016/2017 online

BORANG PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2016/ 2017, PERMOHONAN USM DAN UM

JENIS PERMOHONANLINKTARIKH BUKATARIKH TUTUP
MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA Applikasi Permohonan UPU 2016

Laman Web UPU
18 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)5 April 2016 (Sehingga 4 petang)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)Permohonan USM 201618 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)4 April 2016 (Sehingga 12 tengah malam)
UNIVERSITI MALAYA (UM)Permohonan UM 201618 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)5 April 2016 (Sehingga 4 petang)

BPKP JPT (UPU) juga menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian peringkat Sijil dan Diploma untuk lepasan SPM bagi ambilan Jun 2016 sahaja bagi Institusi berikut :-
  1. IKBN/ IKTBN - Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan
  2. ADTEC, JMTI, ILP - Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
  3. CIAST - Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
  4. Kolej Komuniti - Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK)

Cara Buat Permohonan UPU Online

Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Baca juga kenapa pelajar gagal dalam permohonan UPU di FAQ UPU. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan :-

Langkah- Langkah Buat Permohonan

LANGKAHPERKARA
LANGKAH PERTAMABeli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.Cara beli klik PIN UNIK UPU BSN




Kategori AUntuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA


Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64




Kategori BUntuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik


Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64



LANGKAH 2Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:Laman Web UPU atau Applikasi Permohonan

Anda dikehendaki untuk melakukan Daftar Kali Pertama bagi membolehkan anda melakukan permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Sekiranya anda telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat

Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.
1. Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA terkini 2016 - klik KIRA
 2. Syarat baru keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk kemasukan ke UA/ IPTA. Klik Syarat Band
3. Untuk makluman, pemohon tidak perlu mengisi keputusan MUET di borang permohonan. Padanan keputusan MUET akan dibuat dengan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi MUET dalam tempoh sah laku (5 Tahun).
4. Tarikh akhir penghantaran dokumen ke Universiti Awam kecuali UiTM bagi calon kategori Diploma/ Setaraf adalah pada tarikh 15 April 2016. 
5.Pemohon lepasan SPM tahun semasa (SPM 2015) tidak perlu mengisi sebarang keputusan SPM. Padanan akan dibuat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU.
cara buat permohonan upu 2016 online

Tips Mohon UPU
tips mohon upu online

Panduan Penting Permohonan UPU 2016

  1. Manual Pengguna Lepasan : Klik SPM dan STPM
  2. Semak Syarat Akademik ke IPTA - Semak
  3. Soalan Lazim/ FAQ Permohonan - BPKP
  4. Semakan Senarai Program Yang Ditawarkan - e-Panduan
Dipetik daripada DASAR PENGAMBILAN PELAJAR KE IPTA (UA dan Politeknik Premier), berikut adalah penentuan samada anda berada dalam aliran sains atau sastera dalam permohonan UPU.

Aliran Sains

Penentuan aliran bagi sains ialah pemohon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau mata pelajaran berikut; Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan/ Pengurusan Makanan

Aliran Sastera

Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera. 

Pekeliling Permohonan UPU Online 

Sila baca Pekeliling Permohonan UPU Online di bawah ini mengikut kategori kelayakan yang boleh membantu anda dalam mengisi borang permohonan :-
  1. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi/Asasi - klik Matrikulasi/ Asasi
  2. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Asasi & Diploma UA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM/Setaraf - klik Asasi/ Diploma
  3. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Sijil dan Diploma Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Bagi Lepasan SPM - klik Sijil/ Diploma 
  4. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM - Ijazah Pertama STPM

TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU

Berikut adalah tarikh penting permohonan UPU 2016/2017 online.
TARIKHPERKARA
17 Januari & 6 Mac 2016 (Ahad)Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan
18 Januari 2016 bermula 12 tengahari (Isnin) hingga 4 April 2016Pembelian Dan Jualan No Pin Unik ID BSN
18 Januari hingga 5 April 2016, 4 Petang Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU. Tarikh tutup permohonan UPU
Minggu kedua April 2016

Minggu ketiga Mei 2016
Semakan panggilan temuduga lepasan SPM

Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) & semakan panggilan temuduga (Pendidikan)
16 Mei 2016 (Isnin) hingga 31 Mei 2016Hebahan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik Premier - 16 Mei 2016. Kolej Komuniti dan ILKA - 26 Mei 2016. Semakan Keputusan UPU 2016-2017
9 Jun hingga 17 Jun 2016Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/ Asasi. Pemohon mesti mengisi permohonan Fasa  1 untuk  membolehkan mengemaskini permohonan Fasa 2. Pemohon  yang  memohon  program  bertemuduga  semasa  Fasa  1  tidak dibenarkan mengemaskini pilihan program tersebut semasa Fasa 2
26 Mei hingga 31 Mei 2016Permohonan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (untuk calon lepasan SPM/Setaraf)
(2 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf 
(3 hingga 9 Jun 2015)Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi
Minggu akhir Mei 2016
Minggu kedua Jun 2016
eRayuan UPU Lepasan SPM/ setaraf dibuka (selama 5 hari)

Hebahan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
(Untuk calon lepasan SPM/Setaraf)
(15 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf 
(23 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti 
(7 hingga 14 Julai 2015)Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST
Minggu kedua Ogos 2016 Hebahan Keputusan dan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM). Semakan Keputusan UPU 2016
(1 hingga 2 September 2015)Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf
Minggu akhir Ogos 2016Hebahan Keputusan Rayuan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (Untuk calon lepasan Matrikulasi/ Asasi, STPM/Setaraf dan STAM)
(17 September 2015)Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf

* Tarikh tahun lepas dalam kurungan ( ) sebagai panduan kepada pemohon
* Tarikh permohonan tahun 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
* Sumber UPU (Tarikh-Tarikh Penting)

Tarikh Penting Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf

tarikh penting permohonan lepasan spm

Tarikh Penting Permohonan Lepasan STPM/ Setaraf

tarikh penting permohonan lepasan stpm

Syarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-

Syarat-Syarat Am

PROGRAMSYARAT AM
A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 1. Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP dan My Kad sahaja

2. Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM.

3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang    dinyatakan    dalam    SYARAT    KHAS PROGRAM   e-Panduan Permohonan  Kemasukan  ke  UA  dan Politeknik  Premier  bagi  Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

4. Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
Semua program pengajian di UiTM; Asasi UIAM, Asasi Sains UM,
Asasi UNIMAS dan Asasi UMS

5. Program   pengajian  Asasi Pengajian Islam UM, Asasi dan Diploma UPM dan UPNM, Tahmidi USIM, Asasi UKM, UUM dan Diploma  UPSI,  UTHM,  UMT,  UTeM,  UMP,  UniMAP,  UniSZA  dan Politeknik Premier  terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.


B. Program Lepasan STPM/Setaraf1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.

2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.

3. Pemohon  mestilah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
dengan mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Malaysia/  Bahasa Melayu  dan  lulus  dalam  mata  pelajaran  Sejarah  mulai  tahun  2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan

4. STPM : Lulus STPM dengan mendapat  sekurang-kurangnya PNGK  2.00 dengan  Gred  C  dalam  3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan

6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau

7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi ; atau

8. STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM ; atau

9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau

10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan

11. Mendapat  sekurang-kurangnya  Tahap  1  (Band  1) dalam  Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. 
syarat am dan khusus UPU 2016

Kategori Permohonan

Kategori permohonan untuk semua pemohon adalah seperti berikut (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

Kategori Permohonan Ikut Kelayakan

Kategori PermohonanJENIS
Pemohon lepasan SPM/Setaraf1. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja. 

2. Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013.

3. Kategori C • Calon lepasan SPM tahun 2012 atau tahun-tahun sebelumnya, atau anda memiliki sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh UA/ Politeknik Premier

4. Kategori D • Calon lepasan SPM SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014 atau, SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015


Pemohon lepasan STPM/SetarafKategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2015.

Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2015.


Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTMKategori N • Pelajar Aliran Sains lepasan Matrikulasi KPM, atau pelajar lepasan Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM), atau pelajar lepasan Asasi UiTM

Kategori P • Aliran Perakaunan lepasan Matrikulasi KPM.

Kategori U • Aliran Undang-Undang lepasan Asasi UiTM.

Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris lepasan Asasi UiTM (TESL).

Kategori K • Aliran Kejuruteraan Lepasan Asasi UiTM.

Kategori J • Aliran Teknikal Lepasan Matrikulasi KPM.


Lepasan Diploma/Setaraf Kategori E • Aliran Sastera.

Kategori F • Aliran Sains:

Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,

Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2015 atau sebelumnya atau,

Lulusan STPM Ulangan atau,

Lulusan Matrikulasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau Lulusan Asasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau,

Lulusan STAM tahun 2012 dan sebelumnya atau,

Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,

Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,

Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.


Lepasan STAMKategori T - Pelajar Lepasan STAM tahun 2014 atau 2015 sahaja.

Terbuka kepada Warganegara Malaysia  dan  Penduduk  Tetap  yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja

Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Permohonan Fasa Kedua UPU 2016

Permohonan UPU fasa kedua 2016/ 2017 Online

Prosedur Permohonan Pemohon Lepasan Diploma/ setaraf Yang Belum Tamat Pengajian

permohonan upu sebelum tamat pengajian
 

Penghantaran Dokumen

penghantaran dokumen upu

Perbezaan Permohonan UPU 2015 vs UPU 2016

Permohonan UPU 2016 online
* Pemohon kategori Diploma/Setaraf cuma ada 8 pilihan program sahaja

Cara Menghubungi UPU

Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/. Juga di INSTAGRAM @kemasukanbpkp dan Laman Twitter @twt_upu

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
* Maklumat Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan.
Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut permohonan UPU 2016/ 2017 online.
Sumber Grafik & Panduan : UPU
 


{ 103 comments.. read them below or add one }

Hamidi SP Hamidi SP 04 Disember, 2014
Pening la kepala staf BSN macam biasa dihujung tahun ni..
Nur Leesa Nur Leesa 02 Januari, 2015
dah boleh beli pin ke sekarang?
Izzat Izzat 08 Januari, 2015
Asal akak bsn cakap dah bleh beli..saya dah beli dah...sudah,dah kene tipu ke apa?
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Januari, 2015
kalau dah beli sblum tarikh tuh tak kira ....
nur atiqah nur atiqah 13 Januari, 2015
kalau beli no pin sebelum result spm keluar boleh kaa ??
nur atiqah nur atiqah 13 Januari, 2015
kalau beli no pin sebelum result keluar boleh kaa ??
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Januari, 2015
candidate stpm 2013 bley je kn nk apply ngn batch 2014?mcm mne ye
schasya schasya 19 Januari, 2015
Beli no pin sbelum result ke??
kak ami kak ami 20 Januari, 2015
Ye adik2 semua. Beli no pin sebelum result keluar. 19hb januari dah boleh beli di bsn. Dah boleh mohon pun sebelum tarikh tutup tu. Ade 3 kali penukaran, save la untuk penukaran lepas keluar result so korang boleh adjust kelayakan korang. Usha kelayakan dulu sebelum final submit tau supaya peluang korang cerah.
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 Januari, 2015
mcm mne nk isi borang upu??ye suh download adobe reader bru blh bke..tp ble sy dh download adobe reader,tetap tak blh isi borang tu..mcm mne??
faiz legend faiz legend 20 Januari, 2015
Mcm mne nak isi borng upu , dah download adobe reader tp still x keluar pape . Mcm mne kalau mcm tu eh ??
Cik Suha Cik Suha 26 Januari, 2015
boleh beli pin upu ke sebab saya nak mohon form 6 nanti ?
Cik Suha Cik Suha 27 Januari, 2015
Assalam saya nak tanya klu boleh beli pin upu ?? sbb saya nak mohon kmasukan ke tngkatan 6
Tanpa Nama Tanpa Nama 31 Januari, 2015
nak tanye,kalau lepasan stpm 2013 yg nak mohon ke IPTA sesi 2015/2016 msih boleh ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 Februari, 2015
Assalamualaikum ... kalau nak mohon asasi, bila mula boleh mohon ? Sekarang atau tunggu keputusan SPM keluar?
chiibi chiibi 09 Februari, 2015
Sy bru hbs asasi sains, sy tgolong dlm kmpulan mna?
fadlilah solehah fadlilah solehah 10 Februari, 2015
salam.. nk tnya... btol ke org ckp kalau dh isi penerapan uitm n isi upu.. nnty dua2 kita xdpt..?? :(
정지원 정지원 14 Februari, 2015
kalau nak masuk tingkatan 6 tak payah beli upu . tapi kalau tingkatan 6 cuma sementara then boleh beli .
정지원 정지원 14 Februari, 2015
kalau nak masuk tingkatan 6 tak payah beli upu.
정지원 정지원 14 Februari, 2015
boleh. beli no pin spm. nnti time isi upu tu pilih spm setaraf . then kategori b
GengSamun 95 GengSamun 95 15 Februari, 2015
Lepasan Kolej Komuniti boleh sambung ke UTHM?
Eqmal 95 Eqmal 95 15 Februari, 2015
Lepasan Kolej Komuniti boleh sambung ke UTHM?
Ana Ana 17 Februari, 2015
hai , kalau kita dah isi program pengajian dalam upu. dan selepas keluar result spm2014 boleh ke kita tukar program pengajian yang kita telah isi ?
Echah Danny Echah Danny 20 Februari, 2015
hai , salam . sy ni pelajar diploma perakaunan . tapi ad lg 2 bulan utk hbs belajar dan msih belum grad . boleh ke beli no pin tu??
johnny dony johnny dony 03 Mac, 2015
saya belum beli pin upu..masi sempat ka klu mau beli?
Rossa Calla Rossa Calla 03 Mac, 2015
sempat sampai tarikh tutup permohonan
Sue Yatiey Sue Yatiey 04 Mac, 2015
sy lepasn stpm 2014..sy pilih tak th nk pilih kos ap ..sbb ckg sy ckp nk pilih kos kena ikut pasaran kerja skrng..
Farhanah Rahman Farhanah Rahman 10 Mac, 2015
Saya nak tanya. Untk fasa 1 saya telah kemaskini sbnyk 3kali. Adakah saya masih berpeluang jika ingin mengemaskini permohonan saya pada fasa2 nanti atau peluang saya burn mcm tu je sbb fasa 1 saya da buat 3kali?
hajar aja hajar aja 27 Mac, 2015
Mcm mne nk kmaskini prmohonan upu?? Sye buat tak boleh2,, Bantulahh Sye~~
SCOTTY YONG SCOTTY YONG 24 April, 2015
Hello , nak Tanya adakah permohonan upu Kami dibatalkan sekiranya tidak mendftar nama di form 6 ?
suri melati awang arjuna suri melati awang arjuna 26 April, 2015
Bile tarikh kemaskini fasa 2 stpm...? 1-6 mei atau 3-9 jun...?
Rossa Calla Rossa Calla 26 April, 2015
Fasa 2 STPM 1 hingga 6 mei
Fasa 2 Matrik and asasi 3 - 9 Jun
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Mei, 2015
Upu fasa kedua matrik boleh ubah tak pilihan kos?? Heee
Rossa Calla Rossa Calla 10 Mei, 2015
Fasa 2 utk pinda pilihan program pengajian. X perlu update result.
Nur Fatin Adnan Nur Fatin Adnan 11 Mei, 2015
Nak tanya, klau saya terlepas kemaskini fasa ke 2, permohonan saya tu terbatal ke ?
jabbar nik jabbar nik 13 Mei, 2015
yup sama la dgn sy pun,sy terlepas kemaskini stpm fasa 2 tu,sy isi upu hri tu pun guna cgpa smpai sem 5 saje,n muet pun blum isi jgk,sbb bru dpt hru tu keputusan..mcam mana ye?
iam mell iam mell 13 Mei, 2015
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Joycelin Yung Joycelin Yung 19 Mei, 2015
Bila tarikh fasa 2 untuk lepasan diploma sebenar? 3-9 Jun ke?
Rossa Calla Rossa Calla 19 Mei, 2015
Untuk lepasan Asasi dan Matrikulasi pada 3 hingga 9 Jun 2015 - tertakluk kepada perubahan
beth beth 21 Mei, 2015
kalau pergi temuduga, perlu tak bawa slainan dokumen yg disahkan? Sbb dlm slip dia tulis sijil/trabskrip akademik asal. Sijil lahir nak bawa juga ke?
ainiey mirae ainiey mirae 26 Mei, 2015
kalau tak dapat upu boleh buat rayuan ...tapi kalau dah buat rayuan pun still tak dapat cam mana...?
faten ameera faten ameera 02 Jun, 2015
Salam, kalau untuk lepasan diploma yang tak sempat apply fasa 1 . Boleh ke apply masa fasa 2 3-9 jun ni ?
Ian Foo Ian Foo 03 Jun, 2015
fasa 2 ni boleh tak pilih yang bertemuduga lagi kalau 4 pilihan teratas tu dah pilih temuduga tapi tak dapat?
Ian Foo Ian Foo 03 Jun, 2015
fasa 2 ni boleh tak pilih yang bertemuduga kalau dah isi 4 pilihan teratas tu temuduga tapi tak dapat panggilan hari tu?
Ezaty Malik Ezaty Malik 04 Jun, 2015
Tumpng tnye..if lepasan diploma terlepas utk apply fasa 1 blh atau tidak nk apply fasa 2?? Dan bagaimna jika x sempat nk beli no pin..mohon penjelasan ye...
Rossa Calla Rossa Calla 04 Jun, 2015
Fasa 2 hanya untuk kursus tiada temuduga
Rossa Calla Rossa Calla 04 Jun, 2015
Anda gagal dan cuba lain kali atau pilih pengajian di kolej pendidikan yang lain
Rossa Calla Rossa Calla 04 Jun, 2015
Cuba mohon tahun depan sekali lagi mengikut proses permohonan upu yang telah ditetapkan
Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 02 Julai, 2015
semakan bg calon stam pd ogos kan??
nak semak di laman web ap??
Ridzuan Saini Ridzuan Saini 12 Ogos, 2015
fasa 2 untuk pengambilan lepasan diploma bile ye?
Rohaini Ahmad Rohaini Ahmad 01 September, 2015
Saya dah terlepas utk pendaftaran 1 Dan 2 mmg x ada dh ke pemdaftaran lepas nie utk lepasan diploma
Mohd Taufiq Mat Daud Mohd Taufiq Mat Daud 04 September, 2015
saya lepasan matrikulasi sesi 13/14..bolehkah saya mengisi upu untuk sesi 16/17? dan saya tegolong dalam kategori mana?
affena affena 16 Oktober, 2015
salam nk tnye tahun2016 form4 leh masuk poli ke ea??
Idea Berita Idea Berita 19 Disember, 2015
Selamat membuat permohonan UPU 2016 online buat pelajar semua. semoga berjaya
Mimi Mimi Mimi Mimi 25 Disember, 2015
Assalamualaikum. Nk tnye. Adakah lepasan asasi 14/15 dari ipts setara dgn diploma? Bila blh apply UPU utk lepasan asasi ipts? Boleh ke?
Terima kasih....
Etuza Etuza Etuza Etuza 28 Disember, 2015
memang Pm ni blog terbaik saluran informasi hebat..nak save jadual tu ya
zarrel anne zarrel anne 29 Disember, 2015
matrikulasi sesi 2014/2015 bleh apply tak..?
Rossa Calla Rossa Calla 29 Disember, 2015
Boleh baca pekeliling dan dasar permohonan UPU diatas dalam pdf
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 Januari, 2016
boleh :-d
siti nizal siti nizal 08 Januari, 2016
assalamualaikum.. saya nak tanya sikit.. macam mana ye kalo kita punya muet sesi november 2015 tuh dapat band 1 , masih boleh ke kita apply ijazah sarjana muda untuk kemasukan bulan 8? bukan apa , saya bercadang nak ambil muet semula untuk sesi julai. tapi saya still mohon untuk kemasukan degree bulan 8 tuh.
Rossa Calla Rossa Calla 08 Januari, 2016
Walaikumsalam, Boleh rujuk syarat keputusan MUET untuk masuk U di http://www.panduanmalaysia.com/2014/10/syarat-baru-keputusan-muet-ke-ipta-januari-2015.html. Dengarnya akan dilonggarkan tak sure lagi.
Saya cadangkan anda join group FB ni https://www.facebook.com/groups/halatuju/ . Ada banyak info yang berguna dapat diperolehi disamping anda boleh bertanya sebarang masalah berkenaan dengan permohonan dan pendidikan. TQ
Azrul Azlie Azrul Azlie 09 Januari, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rossa Calla Rossa Calla 09 Januari, 2016
Dah boleh isi dulu tanpa tunggu result spm 2015 keluar. Nanti ada kemaskini dsbnya
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Januari, 2016
salam..saya nak tanya, kalau lepasan stpm 2013 nak mohon degree sesi 2016, kategori mana satu ek? saya dr aliran sastera. adakah saya kategori E (Lepasan Diploma/Setaraf)? Harap balas.... Terima Kasih.
Rossa Calla Rossa Calla 09 Januari, 2016
Kalau ikut kategori permohonan tahun lepas 2015, ianya di bawah kategori E. Anda boleh rujuk semula ketegori yang betul pada masa applikasi permohonan dibuka nanti
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 Januari, 2016
Salam. Saya nak tanya. Kalau saya adalah lepasan matrikulasi sesi 2010-2011 masih boleh pohon upu ke? Sebab saya dah pernah mohon tapi saya x dapat habis'n degree saya. Jadi sekarang nak mohon semula masih valid ke? Harap dapat diberi penjelasan. Terima kasih.
Zarith Nazira Zarith Nazira 17 Januari, 2016
nk beli nmbr upu tu mesti kena wt kad bank ea?
Rossa Calla Rossa Calla 17 Januari, 2016
Ya BSN. ADa beberapa cara beli PIN upu di bsn iaitu di kaunter, ATM dan SMS banking, Boleh rujuk di http://www.panduanmalaysia.com/2014/11/tarikh-beli-nombor-pin-unik-id-upu-sesi-2015.html
Unknown Unknown 18 Januari, 2016
salam...
untuk lepasan stpm 2014
jika ingin membuat mohonan ke ipta
bila boleh tahu keputusannya
dan bila mula pembelajaran?
harap dibalas, terima kasih😊
Rossa Calla Rossa Calla 18 Januari, 2016
Minggu kedua bulan Ogos 2016, mula Sept 2016
Azrul Azlie Azrul Azlie 18 Januari, 2016
Maaf tanya ,kalau masa kita isi upu tu kita ambil ptptn ,then kita dapat asasi ,adakah ptptn tu automatik dibatalkan atau kena buat tindakan apa apa utk btalkan permohonan ptptn tu ? .sebb kan asasi dah ada elaun . Mohon pencerahan . Terima kasih
Zarith Nazira Zarith Nazira 18 Januari, 2016
terima kasih yea...
kalau sy xdpt pergi bank nie ari utk beli nmbr PIN upu bolh ker sy pergi pada ari lain? Betol ker tempoh tamat pembelian sehingga 4April atau 5April?
Rossa Calla Rossa Calla 18 Januari, 2016
boleh, Tarikh akhir beli pin 4 April 2016, Tarikh tutup permohonan upu 5 April 2016
Amir Affifuddin Amir Affifuddin 20 Januari, 2016
Sama kes. Haha. Mcm mana ni eh?
clement clement 23 Januari, 2016
maaf tanya, saya baru habis diploma dalam kejuruteraan mekatronik dengan MQA.Saya nak sambung degree dalam kursus yang sama.jadi bagaimana saya apply dalam upu ini ??
Nafis Steady Nafis Steady 25 Januari, 2016
maaf tanya,saya akan tamat belajar diploma bulan 3 tahun ni. jadi nk tanye ,saya ambil skm tahap 4 . boleh ke saya melanjutkan pelajaran ke degree lepasan diploma kemahiran .dan boleh ke saya memohon upu ? mohon pencerahan .
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Januari, 2016
Maaf nak tanya, macam mane nak apply UPU klu stpm 2014 ...sbb online sekarang hanya ada kategori STPM 2015
Syakirah Husna Syakirah Husna 29 Januari, 2016
saya nak tanya kenapa saya isi no tu dia tak klua say dah cuba bnyak kali . tolong jelaskan pihak yang bertanggungjawab. dia tulis no pin anda tiada dalam perkhidmatan !! jelaskan
Syafiq Taufik Syafiq Taufik 29 Januari, 2016
adakah dengan memohon kemasukan rayuan, pelajar akan masuk U selepas beberapa minggu pelajar kemasukan pertama daftar?
Rossa Calla Rossa Calla 01 Februari, 2016
Pelajar yang membuat rayuan tidak semestinya berjaya.
Miss Kpopper Miss Kpopper 10 Februari, 2016
salam saya nk tanya kalau asasi 2012/2013 boleh mohon tk untk degree 2016 ni???
Unknown Unknown 12 Februari, 2016
salam,saya nak tanya,no pin lepasan spm 2014,bila bole beli ???
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Februari, 2016
hai.. mohon bantuan.saya dah daftar utk mohon upu. tapi tidak dapat login pula,walaupun sudah betul2 pastikan tiada kesalahan no kp dan kata laluan. asyik2 ada ralat dan tidak dapat teruskan laman seterusnya.macam mana ni....????
Unknown Unknown 17 Februari, 2016
Tumpang tanye, sye masih dlm program ijazah tahun pertama di USM. Kalau saya nak mohon utk kategori F tu,perlu ke utk sye drop dari ijazah dahulu? atau boleh terus mohon saje? Harap balas :)
Rossa Calla Rossa Calla 18 Februari, 2016
Boleh request friend untuk saya terangkan di fb
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 Februari, 2016
Saya pembantu pegawai perubatan. Bagaimana cara memohon sarjana muda sains perubatan kecemasan dengan kepujian km19,UKM? Senarai kursus yang ditawarkan tidak paparkan kursus tersebut.please tolong jawab
Tanpa Nama Tanpa Nama 25 Februari, 2016
Assalamualaikum, Jika saya tidak mempunyai salinan surat beranak ibu saya yang lahir di india (sudah hilang) bagaimanakah cara saya apply ke UPU bagi lepasan STPM 2016, kalau saya membuat surat akuan dan ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah diterima tak pihak UPU
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Februari, 2016
Tahun lepas dah isi UPU, prlu daftar utk kali pertama lagi ke? agak confused.
Diyana Ariffin Diyana Ariffin 01 Mac, 2016
Saya pelajar diploma di IPTS, program dah hbs tapi masih ada paper yg sangkut so tak graduate lagi. Boleh tak kalau saya apply UPU dan sambung pengajian ijazah dan sementara tu resit paper yg sangkut tu? Sbb tak nak buang masa tggu sampai permohonan tahun dpn.. Sesiapa tlg jawabkan.. TQ
Asmawi m mustafa Asmawi m mustafa 02 Mac, 2016
Saya nak tanya kalau saya ambil bm julai tahun ni, dan saya dh isi borang upu adakah saya perlu membeli pin upu yang baru pada tahun 2017?
Husna Izzati Husna Izzati 03 Mac, 2016
Saya nak tanya, adakah saya boleh isi lebih dari satu permohonan? Contohnya saya mahu isi upu dan politeknik konvesional. Adakah saya perlu gunakan nombor pin yang sama, atau yang berbeza..
Imyun Azril Imyun Azril 28 Mac, 2016
Tumpang tnya , saya pelajar lepasan diploma uitm tetapi masih belum konvo . soalan saya adalah , tarikh tamat belajar yg perlu diisi tu mngikut tarikh hari terakhir peperiksaan atau tarikh konvo atau tarikh clearance ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 28 Mac, 2016
hello. I took stpm last year and if I repeat spm this year, is it possible for me to apply for upu next year . I really need your help . my spm was in 2013 . is it possible ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 April, 2016
as far as I know.. cannot because you are over the age limit.. your only option now is A-Level and private university
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Mei, 2016
salam,saya belajar di universiti swasta dan mungkin akan konvo tahun ni, nak tanya kalau saya nak sambung ijazah dekat universiti awam ni boleh ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Mei, 2016
ape jdi klau x pos 11 salinan dokumen tu?
Lan Zey Lan Zey 21 Mei, 2016
Saya mengisi borang permohonan online kat website JMTI, tpi saya takda isi kat upu, adakah permohonan saya akan diproses ataupun perlu upu jgk, mohon pencerahan
kirei hun kirei hun 26 Mei, 2016
saya tidak membuat permohonan utk politeknik konvensional, adakah saya masih boleh membuat rayuan utk bahagian tu ?
Nur Dayana Nur Dayana 26 Mei, 2016
salam. saya nak bertanya. bila tarikh untuk apply upu for 2nd intake 2016/2017?
ahmed haziq ahmed haziq 30 Mei, 2016
assalamualaikum, saya ni lepasan kolej komuuniti,haritu masa mula2 beli no pin, saya tersalah register dan apply belah spm, saya keliru masa tu, sebab masa beli no pin, budak sijil ni dikategorikan setaraf spm, kemudian masa nak apply, saya terapply spm punya, then dah habis apply saya tahu saya sudah buat silap, kemudian saya cuba register belah skm pula, tapi tak boleh, maybe tak boleh guna no pin sama, kemudian esoknya saya beli no pin baru, tapi no pin still sama, tapi boleh register belah skm, then da apply smua, masa result keluar saya "tak berjaya" tapi yang saya apply spm tu dapat, saya dapat kos yg saya belajar "siji senibina" kemudian masa saya nak buat rayuan, hanya ada 5 kos sahaja yg boleh dipilih, saya pelik sbb rakan2 saya boleh pilih banyak kos dan kos mereka pon ada, tapi saya hanya 5 kos dan kos saya takda, saya rasa, upu tak layan permohonan skm saya, dan hanya terima permohonan spm sahaja, jadi apa yang patut saya lakukan, kesilapan sebegini pasti ada solution, sbb mungkin ramai lagi yg senasib saya, dan takkan mereka pihak upu nak abaikan kami begitu saja, kalau nak apply intake lain lama lagi, buang masa saja, tolong jawab soalan yang panjang ini.
Unknown Unknown 17 Jun, 2016
Saya tidak kemaskini semasa fasa 2, adakah permohonan saya terbatal?
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 Ogos, 2016
rayuan berapa kali boleh login yer?