Pesawat AirAsia Hilang Dilaporkan Terbang Rendah Dakwa Kapten Kapal

Pesawat AirAsia Hilang

Pesawat AirAsia Hilang Dilaporkan Terbang Rendah Dakwa Kapten Kapal. Kapten sebuah kapal, KM Bahari Maju, mendakwa melihat pesawat merah terbang rendah di perairan Pulau Lingga, hari ini, Ahad 28 Disember 2014.

Menurut laporan Metrotvnews.com malam ini, perkara itu dimaklumkan petugas pusat komunikasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) Daerah Bangka-Belitung selepas menerima maklumat itu menerusi kapten kapal terbabit, Fariawan.

Pesawat berkenaan dilihat terbang rendah pada jam 8.00 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) ketika KM Bahari Maju berada pada kedudukan koordinat 00'17'202 S dan 105'40'422 E.

"Kita tadi menerima informasi dari KM Bahari Maju yang melihat pesawat berwarna merah terbang rendah di Timur Pulau Lingga, Kepulauan Riau," kata petugas berkenaan, Febby Imam Saputra.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dari Surabaya, dijadual tiba di Singapura pada 8.30 pagi namun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi - BH online

BERITA TERKINI LAIN
BERITA TERKINI PESAWAT AIRASIA QZ 8501 HILANG DI SINI

BERITA PESAWAT AIRASIA QZ 8501 DILAPORKAN TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG INDONESIA DI SINI

SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT AIRASIA QZ 8501 YANG HILANG DI SINI


VIDEO SIDANG MEDIA PESAWAT AIR ASIA QZ8501 HILANG DARI SURABAYA KE SINGAPURA 28-12-2014 DI SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now