Punca Aweera Ex-Mojo Disingkir Dari Final AJL 29

aweera mojo ajl29

Punca Aweera Ex-Mojo Disingkir Dari Final AJL 29. Bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera telah disingkir dari menyanyi lagu "Romancinta" di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) dijadualkan pada 18 Januari 2015 selepas berhadapan dengan masalah ditimbulkan bekas penyanyi kumpulan itu.

Pengganti Aweera di AJL 29 di SINI

Menurut komposer dan ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim, dia pada mulanya mahu menarik diri memandangkan Aweera tidak lagi bersama Mojo, namun TV3 tidak membenarkan kerana lagu tersebut mendapat undian tertinggi.
"Selepas berbincang dan memenuhi permintaan TV3 sendiri saya akhirnya mengalah dan tetap muncul bersamanya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 2014," 
Tambah Edry, masalah mula timbul apabila mereka sedang berbincang mengenai konsep untuk persembahan nanti, Aweera memberikan syarat dia harus menyanyi bersama kumpulan sendiri dan bukan Mojo jika mahu dia mengadakan persembahan.

Sehubungannya itu, Edry kini dalam proses mencari beberapa penyanyi yang dirasakan sesuai untuk menyanyikan lagu "Romancinta" di pentas AJL 29 kelak - Yahoo News Malaysia

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Disember, 2014
Edry penipu.