Punca Ilya Tarik Diri Dari Kumpulan Sepahtu MLM 2014

Kumpulan Sepahtu MLM 2014
Punca Ilya Tarik Diri Dari Kumpulan Sepahtu MLM 2014. Kumpulan Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega 2014 pada mulanya bertiga iaitu Jep, Shuib dan Ilya. Namun kini Kumpulan Sepahtu terpaksa meneruskan perjuangan di Gelanggang MLM 2014 setelah Ilya atau nama penuhnya, Ilya Buang terpaksa menarik diri secara rasmi pada 19 Disember 2014 atas masalah kesihatan.

Antara lain Ilya menjelaskan punca utama beliau menarik diri daripada kumpulan Sepahtu di Maharaja Lawak Mega 2014 adalah kerana beliau tidak mahu menjadi beban kepada kumpulan Sepahtu lantaran tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now