Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Cara Semak Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online Dan SMS. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2018 Tingkatan Satu (1), result keputusan kemasukan masih belum diumumkan lagi. Keputusan tahun lepas telah dibuka untuk semakan pada 23 Januari 2017. Keputusan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) pula dijangka diumumkan pada tarikh sekitar Januari/ Februari 2018. 

Semua tarikh adalah tertakluk kepada pengumuman terkini dari Portal Rasmi MARA di bahagian Terkini dan Pengumuman. Sila rujuk tarikh rasmi yang dipaparkan sebagai panduan untuk membuat semakan.
Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Tarikh Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1. 2018. 
  • Pelajar yang menerima SMS / emel bagi Program Ulul Albab / IGCSE adalah diminta untuk hadir bagi menduduki UJIAN KHAS - Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab pada 4 Disember 2017 hingga 6 Disember 2017. Pemilihan pusat ujian boleh dibuat melalui pautan berikut sebelum 1 Disember 2017.
  • Sila Cetak Surat Tawaran TERKINI sebelum 1 Disember 2017

Semakan Tawaran MRSM 2018 Tingkatan 1

Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 Tahun 2018 boleh disemak hari Isnin, 22 Januari 2018. (Tahun lepas pada 23 Januari 2017 (Isnin) jam 10.00 malam). Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada * Akan dikemaskini (6/2/2017).

Pemohon kemasukan MRSM yang berjaya akan menerima makluman melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas iaitu SMS. Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak applikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan

Pemohon yang berjaya dikehendaki SAHKAN penerimaan atau penolakkan dalam tempoh 7 *tujuh) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolak tawaran kemasukan

1. Semakan keputusan Secara Online Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :- 
2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS : 
  • mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888 

e-Rayuan MRSM 2018 Tingkatan 1 

Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2018. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online.

Sekiranya tiada butang pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan, pelajar boleh menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan Satu (1) 2018

Menerusi makluman Portal Rasmi MARA, keputusan rayuan KEDUA Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2018 boleh disemak bermula dari 11 Februari 2018.
  1. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).
  2. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan secara online
  3. Pelajar dikehendaki mengesahkan penerimaan/ penolakan selewat-lewatnya pada 20 Februari 2018.
  4. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.
Pendaftaran kemasukan ke MRSM akan dibuat pada 21 Februari 2018 (Rabu) di semua MRSM kecuali MRSM Alor Gajah, MRSM Merbok, MRSM Gerik, MRSM Kuala Berang dan MRSM Kota Kinabalu dimana hari pendaftarannya adalah pada 27 Februari 2018 (Selasa).

Maklumat penting lain : 

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 - Klik MRSM 2018 
Semakan Keputusan SBP 2018 Tingkatan 1 dan 4 Online - Klik SBP 2018

Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.

{ 77 comments.. read them below or add one }

Aziela Aziela 23 January, 2015
Keputusan Tktn 1 MRSM boleh disemak hari ini, Jumaat 23 Jan 2015 bermula jam 9.00 pagi. Alhamdulillah, kami dah terima sms dari MARA mlm tadi.
Anonymous Anonymous 23 January, 2015
apa keputusannya senyap sahaja k k k
dwi mutiara dwi mutiara 23 January, 2015
Kalau tak terima sms dari MARA....bermaksud permohonan ditolak ke.
my my 23 January, 2015
KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE MRSM


Anda boleh memeriksa nama anda di sini:

http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
Anonymous Anonymous 27 January, 2015
bilakah rayuan secara online akan dibuka?? tq
Anonymous Anonymous 07 February, 2015
Bilakah keputusan rayuan mrsm diberitahu?
Anonymous Anonymous 11 February, 2015
Bilakah keputusan rayuan. tq
Anonymous Anonymous 13 February, 2015
bila kah keputusan panggilan akan dikeluarka ? tq
Anonymous Anonymous 01 December, 2015
Jikalau boleh login ukkm bermakna saya kena interview ke???Mohon diberi jawapan
Anonymous Anonymous 01 December, 2015
Kalau dpt sms dari mara atau 15888 awak dterima
Anonymous Anonymous 01 December, 2015
saya terlupa kata laluan....macam mna nk login
Anonymous Anonymous 03 December, 2015
Lupe kata laluan..mcm mana nk login
Anonymous Anonymous 03 December, 2015
Anak saya 4A 1B tetapi di aktif dalam bidang KO-Kurikulam dan mewakili kebangsan calon sekolah dan Daerah.Boleh anak kami dapat masuk MRSM....
Prakaash Veerasingam Prakaash Veerasingam 04 December, 2015
ujian ukkm itu apa?
berapa soalan diberikan?
Rossa Calla Rossa Calla 04 December, 2015
Panduan UKKM sila baca di sini http://www.panduanmalaysia.com/2015/11/panduan-ukkm-ujian-kecenderungan-kemasukan-mrsm.html
Anonymous Anonymous 13 December, 2015
lamanye nak tunggu keputusan ni
Anonymous Anonymous 14 December, 2015
Anak saya 4A 1B tetapi aktif dalam bidang KO-Kurikulam dan mewakili calon sekolah dan Daerah. Saya sudah daftar secara online tetapi tiada panggilan. Boleh anak kami dapat masuk MRRSM
Anonymous Anonymous 15 December, 2015
anak saya sudah panggil temuduga.dan bagaimana nak tahu keputusan berjaya atau tidak masuk mrsm.
kirana kirana 11 January, 2016
Salam semua. Tak sabar nak tunggu keputusan kemasukan ting 1 MRSM 2016. Anak2 yg nak masuk tapi ibubapa pula yg gelisah. Sebenarnya skrg ni dah masuk tingkatan 1 sekolah kawalan, cuma rasanya pihak Mara dgn kerjasama kementerian pemdidíkan seharunyà mempercepatkankan keputusan kemasukan ini kerana dgn keputusan yg lebih awal (minggu pertama Januari) akan dapat membantu meringankan perbelanjaan ibubapa utk anak-anak yg terpaksa mendaftar dan membeli keperluan sekolah biasa sebelum mengeluarkan perbelanjaan sekali lagi semasa kemasukan ke MRSM. Mohon pihak Mara dengan pihak Kementerian Pelajaran mempertimbangkan cadangan ini kerana pada keluarga yg berpendapatan rendah menjadi satu bebanan, dimana pérbelanjaan tersebut boleh diagihkan kepada anak-anak lain.
Anonymous Anonymous 15 January, 2016
Bilakah boleh buat rayuan dan tolong reply
Anonymous Anonymous 17 January, 2016
Betul2. Setuju utk kurangkan perbelanjaan menukar sekolah.
Anonymous Anonymous 18 January, 2016
Betul tu...hari ni dh 18hb ..dh masuk ming ke3 bln Jan 2016 tp masih x ada jwapan lg ni...bilakah ?
Anonymous Anonymous 20 January, 2016
bila keputusan ambilan mrsm tg 1 2016 akan keluar? sy pun setuju ambilan mrsm sepatutnya dipercepatkan pada awal januari spt sbp agar ibubapa tidak terbeban untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi sekolah biasa / kawalan dan kemudian utk ke mrsm.
Anonymous Anonymous 20 January, 2016
Lambatnya keputusan MRSM keluar...😕
Noraini Yahaya Noraini Yahaya 23 January, 2016
Nk buka pun x bole..cmner nk tahu
Rasinta Mazlan Rasinta Mazlan 24 January, 2016
RM0.20(excl.GST):MARA: Harap Maaf.Perkhidmatan semakan MRSM belum diaktifkan. Terima kasih.
cpudins cpudins 25 January, 2016
RM0.20 MARA: Harap Maaf.Perkhidmatan semakan MRSM belum diaktifkan. Terima kasih.
sms hari ni dah minggu ke4
Zurini Megat Zurini Megat 26 January, 2016
haishh..... masih tak nampak bayang ni..... :-#
Anonymous Anonymous 26 January, 2016
kesian kita yg menanti penuh harapan...
Rasinta Mazlan Rasinta Mazlan 26 January, 2016
tunggu dan tunggu lagi.. perasaan sama semasa nak melahirkan ank ini..overdue..ibu doakan yg terbaik
ssss ssss 26 January, 2016
tunggu pny tunggu.....bila nk dpt tau keputusan ni.....
Rasinta Mazlan Rasinta Mazlan 26 January, 2016
Dah call mrsm keputusan hujung bulan @ awal bln feb.. kita tunggu lagii
Anonymous Anonymous 26 January, 2016
yeay.. dah dapat... mrsm gerik.
NMA NMA 26 January, 2016
biar betoi. check kat mana
Noor Azlin Asad Noor Azlin Asad 26 January, 2016
mcmana tau.. saya hari2 bukak tak ada apa2 pun...
Norliza abu bakar Norliza abu bakar 26 January, 2016
Pelik bin ajaib....cuba ajar sket kitaorg ni....cmne/kt mn nk check?
Anonymous Anonymous 26 January, 2016
atas tu tahun 2015 lah kakakk....
Anonymous Anonymous 26 January, 2016
sabar....sabar itu separuh daripada iman
Anonymous Anonymous 26 January, 2016
sabar....sabar itu separuh daripada iman
Rasinta Mazlan Rasinta Mazlan 26 January, 2016
Haha semua dh tipah tertipu
Hamizah Hamizah 27 January, 2016
Kputusan mrsm mmg lmbt.....ank lelaki sy taun 2012, esok tarikh dftr, mlm ni baru dpt keputusan. Kelam kabut print ape2 yg patut smpai 2 pg. Hari dftr tu cm g sehelai sepinggang. Lps dftr baru g bl uniform......sbr ibu bapa semua. Klau dh rezeki ank kita, x kemana....
... ... 27 January, 2016
Iye ke? Aduhai... Kalau betul mmg ada yg kena mcm tu, mmg dugaan habis utk parents yg nak anak dptkan pelajaran terbaik tu. Tpi mmg tgh bersabar lah ni, kdg2 tu rasa jenuh nak menunggu ni.
;-( ;-(
orang melayu orang melayu 27 January, 2016
penantian itu satu penyeksaan....
Kagumas Kagumas 01 February, 2016
Nak tanya... ada sesiapa tahu berapa yuran pendaftaran untuk ting 1 MRSM? Atau dlm anggaran berapa RM diperlukan semasa pendaftaran? Senang nak buat bajet...
Sharul Afizah Sharul Afizah 04 February, 2016
Ada yg dah tahu ke Result kemasukan Ke MRSM T1 Sesi 2016..sepatutnye bagi tdk membebankan parent ..hope Pihak MARA dpt bagi kemasukan sama dgn Keputusan SBP ..kerana tak semua parent org yang kaya ....ni dah minggu 1 BULAN FEB .MASIH TAK KELUAR LAGI RESULT ....MOHON PIHAK REPLY ye...
poh poh 04 February, 2016
esok inshaallah kluar result mrsm..ada kluar dlm paper utusan ms 4
Kagumas Kagumas 04 February, 2016
Result diumum pada 15hb Februari 2016... harap maklum.
Anonymous Anonymous 04 February, 2016
Jiran sy guru mrsm...pendaftaran murid baru 10hb katanya
Anonymous Anonymous 05 February, 2016
Semakan boleh dibuat..Ting 1 & 4...Alhamdulilah MRSM Langkawi
Anonymous Anonymous 05 February, 2016
yg ditnggu sudah tiba..Alhamdulliah ank sya dpt MRSM Lenggong Perak..
Anonymous Anonymous 05 February, 2016
Dah semak..alhamdulillah MRSM pasir Salak
Anonymous Anonymous 05 February, 2016
alhamdulillah. MRSM LIPIS...
Unknown Unknown 05 February, 2016
ank saya tak dapat...rayuan secara online atau surat??
Iskandar Rizman Iskandar Rizman 05 February, 2016
Allahu xde rezeki anak sy d sbp atau mrsm..... Rs mcm nak nangis
5a aktif koku aktif d skolah pun masi xdpt masuk... Sedih sgt
azmi azmie azmi azmie 06 February, 2016
Sedih juga... ank sy tak dpt mrsm ululalbab... walaupun dpt 5A

Ada siapa2 blh bantu sy?
Anonymous Anonymous 06 February, 2016
Tahniah kepada anak-anak dan ibu bapa yang berjaya ke MRSM . Bagi yang tidak berjaya janganlah berputus asa ...rezeki anak-anak mungkin berada ditempat lain yang kita belum ketahui..
Kepada pihak pengurusan MRSM diharap dapat menguruskan kemasukan pelajar sama tarikh seperti kemasukan pelajar ke sekolah lain. Dah sebulan belajar disekolah lain dengan kos perbelanjaan yang agak banyak, ibu bapa terpaksa berbelanja buat kali kedua untuk kemasukan ke MRSM. Bayangkan pakaian sekolah yang baru dibeli sudah tidak dipakai lagi, cadar, selimut dan keperluan asrama yang seragam perlu dibeli semula. Apapun demi anak-anak terpaksalah kita berkorban....bagi yang mampu mungkin tidak merasa apa-apa bebanan tetapi bagaimana dengan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Harap dipertimbangkan...terima kasih.
Anonymous Anonymous 07 February, 2016
Assalam. tuan puan yg belum berjaya sila buat rayuan . Anak saya dapat masuk Ululalbab Sg Besar Selangor(sekarang tumpang di K. Kangsar) Rayuan diterima hingga bulan Ogos baru masuk .Alhamdulillah
Anonymous Anonymous 21 February, 2016
mrsm sg besar ada buat pengambilan ke untuk 1st intake ni?

nik nik 24 February, 2016
kenapa masih ada pelajar yang dapat kedua-dua tawaran sbp dan MRSM? Ini akan menutup peluang pelajar lain. Ada pelajar yang dapat 5A tapi tak mendapat peluang untuk SBP dan MRSM. Sedih bila ini masih berlaku.....
Anonymous Anonymous 27 February, 2016
Assalam semua.
Mengikut apa yg saya faham dri kenalan yg bekerja di bhgn pengambilan sbp, mereka sdg cuba utk penuhkan kuota pelajar lelaki dahulu sblm tmpt ditawar kpd pelajar perempuan yg dpt 5A seterusnya. Saya cukup kecewa bila anak perempuan saya yg memperolehi 5A, tpi gagal utk diterima di mana2, sdg kan anak lelaki kwn saya yg hanya dpt 3A 2B cepat je dpt panggilan. Tpi apa boleh buat, klau bukan rezeki dia utk belajar di sbp atau mrsm, redha je lah.
Anonymous Anonymous 14 March, 2016
Kenapa jadi mcm tu?
Anonymous Anonymous 22 April, 2016
KEPADA IBU BAPA YANG DPT ATAU TOLAK TAWARAN SBP... NAMA ANAK TUAN / PUAN TELAH PUN MASUK DALAM SISTEM DAN TAK BOLEH KE MRSM. JIKA MASIH BERMINAT KE MRSM( MUNGKIN DAPAT TADI TAK DAFTAR) PERLU KE SBP, CYBERJAYA UNTUK MINTA SURAT PELEPASAN DARI SISTEM SBP... SURAT ITU PERLU DI BAWA KE BAHAGIAN SEKOLAH MENENGAH , PEJABAT MARA , JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR SEBAGAI SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN RAYUAN KE SBP... SAYA DAH BUAT...ALHAMDULLILAH BERJAYA...INTAKE KE~5...
Anonymous Anonymous 24 January, 2017
La yea ke?..anak saya dpt tawaran sbp.
Tapi tolakmutk nak masuk mrsm...akhirnya kedua2nya tak dapat...redho ajelah..bukan rezeki anak sayanagaknya
Anonymous Anonymous 27 January, 2017
mara kata kelayakan minima masuk ke mrsm adalah 3A3B...tpi kenapa ada budak yg dpt 3A2B1C mendapat tempat di MRSM kuala Klawang (IGCSE) sdgkan subjek matematik mendpt C. ada student lain yg dpt 3A3B pun tk dpt
Dan yg lebih best..student tu ditawarkan tanpa menjalani interbiu..dn dimaklumkan krn hendak memenuhi kuota lelaki sdgkn ada ramai lg pelajar lelaki yg mendpt keputusan lbih cemerlang tk mendpt tempat...musykil dgn situasi ni..atas kriteria apa diambil dn ditawarkan kpd budak tersebut
Intan Nazrina Intan Nazrina 27 January, 2017
Syukur alhamdulillah ank sy dtawarkan belajar di MRSM Terendak.
Adam Yew Abdullah Adam Yew Abdullah 20 January, 2018
Dah baca komen2 diatas, mcm susahnye nak dpt masuk mrsm...anak klu cemerlang 6A ,rasanye ada peluang x nak dpt masuk jika parents berpendapatan sederhana? Skrg ni tunggu announce dr Mara je..hopefully dpt la....
Anonymous Anonymous 22 January, 2018
dpt ...InsyaAllah...ank sy pn 5A1Bje...pendapatan sy pn sama je dgn tuan...sederhana....


KAMAL DELI KAMAL DELI 23 January, 2018
As salam dan selamat pagi
Sedih rasa hati bila tengok komen ENCIK ADAM YEW.Semoga anak encik Adam berjaya masuk ke MRSM.Kenapa saya sedih? Anak saya seperti anak encik Adam juga dapat stret A dalam UPSR yang lepas,yang mengecewakan saya MRSM pun tak dapat SBP pun tak dapat.Tak tau d mana silap nya.Memang rezeki dari Allah,tapi sebagai seorang bapa memang merasa kecewa bila permohonan untuk anak masuk ke sekolah yang di kira berkualiti tidak terlaksana apalagi anak nya sendiri.Belajar siang dan malam tanpa erti penat dan jemu semata- mata untuk mengejar impian nya,tapi bila sudah dapat yang terbaik semuanya permohonan mengecewakan.Bermakna keputusan yang cemerlang tidak menjamin untuk ke MRSM mahupun SBP.Kalau dari segi pendapatan saya rasa kita ni lebih kurang saja.Sebagai seorang bapa saya rasa cukup kecewa.Entah di mana silap nya.Sekadar luahan hati tiada kena mengena dengan yang lain.sekian.
Anonymous Anonymous 24 January, 2018
Jangan putus asa En. Kamal. Cuba buat rayuan SBP & MRSM sebab masih ada peluang intake seterusnya.