Senarai Jalan Ditutup Akibat Banjir Di Kelantan Disember 2014

Senarai Jalan Ditutup Akibat Banjir
Senarai Jalan Ditutup Akibat Banjir Di Kelantan Disember 2014. Banjir hujung tahun di Pantai Timur terutama Kelantan kini semakin buruk. Menurut laporan Bernama, sebanyak 17 laluan di tujuh jajahan di negeri ini ditutup akibat banjir yang semakin teruk.
Menurut portal banjir Kerajaan Negeri Kelantan, lapan laluan yang ditutup kepada semua lalu lintas adalah seperti berikut :-
1) Gua Musang - KM12 Jalan Chiku-Aring 
2) Kuala Krai - KM4 Jalan Sungai Durian 
3) Kuala Krai - KM2 Jalan Bukit Sireh
4) Machang - KM8 Jalan Machang-Pangkal Meleret
5) Machang - KM7 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa
6) Machang - KM6 Jalan Kubor China-Temangan.
7) Pasir Mas - KM3 Jalan Pengkalan Rakit 
8) Pasir Puteh - KM45 Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu.
Sembilan laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah seperti berikut :-
1) Jeli - Jalan Jeli-Dabong di Kampung Reka
2) Pasir Puteh - KM75 Jalan Pasir Puteh-Gong Kelih
3) Pasir Puteh - KM29 Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu 
4) Pasir Puteh - KM3.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak.
5) Pasir Mas - KM12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu
6) Pasir Mas - KM7.5 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu 
7) Pasir Mas - KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang
8) Pasir Mas - Jalan Rantau Panjang di Kampung Siram.
9) Tanah Merah - KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh

Terkini 23-12-2014 Tujuh laluan lagi ditutup kepada lalu lintas, menjadikan kesemuanya 22 laluan di lapan jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang semakin buruk malam ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, laluan yang ditutup itu ialah di KM0.6 Gua Musang yang menghubungi Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai.

Di Kuala Krai pula jalan yang ditutup ialah KM0.7 Jalan Ghucil ke Batu Balai, KM66 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang dan KM100 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Di Machang, tiga laluan yang ditutup ialah Jalan Kampung Paloh Rawa-Temangan di Kampung Belukar Panjang, Jalan Kuala Sat-Kelaweh dan Jalan Kampung Kemuning-Sungai Merkam.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now