Senarai Kartun Kanak-Kanak Popular Sepanjang Zaman

Siapa yang tak suka kartun? Pada tahun 80an dulu, kartun merupkan rancangan yang sangat diminati, bukan sahaja golongan kanak-kanak malah golongan dewasa juga turut menggemari rancangan tersebut.

Senarai Kartun Kanak-Kanak Popular Sepanjang Zaman

Jika hendak dibandingkan dengan sekarang, kartun bukan lagi rancangan wajib bagi kanak-kanak kerana mengikut peredaran masa, mereka lebih suka bermain permainan di telefon pintar mereka sendiri.
Kartun Kanak-Kanak Popular Sepanjang ZamanJika anda ingat lagi setiap kali hari minggu dan cuti sekolah, pasti ramai akan duduk di hadapan televisyen menantikan rancangan kartun popular ini.
Jom kita imbas kembali kenangan bersama kartun kanak-kanak popular didunia!

Mickey Mouse

Siapa yang tidak ingat watak kartun tikus yang hanya memakai seluar sahaja. Kartun yang dihasilkan oleh Walt Disney ini pertama kali ditayangkan pada tahun 1982 dan sehingga kini peminat-peminatnya masih ramai di seluruh pelusuk dunia. Wataknya yang kelam-kabut dan tidak teratur sering menjadi hiburan para penonton. Apa yang menariknya mengenai watak Mickey Mouse ini ialah ia merupakan satu-satunya watak kartun yang tersenarai dalam Hollywood Walk of Fame.

The Simpsons

Kartun ini memaparkan nilai-nilai kekeluargaan yang diketuai oleh ayahnya Homer Simpson. Wataknya yang malang dan sering terperangkap dalam masalah menjadi gelak ketawa para penonton. Kartun ini pertama kali ditayangkan pada tahun 1987 dan pernah mencetuskan kontroversi di Amerika dimana watak anaknya, Bart menunjukkan contoh yang tidak baik kepada penonton kanak-kanak.

Looney Tunes

Watak kartun popular, Bugs Bunny dilahirkan menerusi rancangan kartun Looney Tunes. Racangan kartun komedi pendek ini sering dinantikan para penonton kerana kenakalan Bugs Bunny, dan kawan-kawannya Daffy Duck, Porky Pig, Elmer Fudd, Sylvester, Tweety, Wile E, Coyote dan The Road Runner sering menjadi hiburan penonton terutamanya kanak-kanak. Rancangan ini pertama kali ditayangkan oleh Warner Bros pada tahun 1930. Kartun ini menjadi fenomena seluruh dunia sehinggakan adanya permainan video, komik, lagu, dan filem untuk Looney Tunes.

Road Runner

Ingat lagi bunyi "Beep,Beep" dari The Road Runner? Kartun ini menjadi kegemaran kanak-kanak kerana watak The Road Runner yang bijak mengenakan semula Coyote. Walaupun Coyote sering menggunakan alatan yang canggih dan kejam untuk menangkap The Road Runner, tetapi alatan itu pula yang mengenakannya semula.

Tom & Jerry

Siri ini merupakan rancangan kartun yang paling banyak di tonton di televisyen dan merupakan antara rancangan kartun yang paling berpengaruh. Kartun ini memaparkan aksi nakal Tom iaitu seekor kucing dan Jerry seekor tikus yang sering bergaduh dan diakhiri dengan aksi kejar-mengejar. Pasti semua ingat lagi watak Jerry yang kuat makan dan suka mencuri makanan Tom - Yahoo Entertainment Malaysia

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 08 Disember, 2014
saya suka tom n jerry ... he he he... lepas tu suka carebears...
Alongxp Alongxp 08 Disember, 2014
Doraemon? transformers? peter pan? ultraman? keluang man? eh?? hehehehe