Senarai Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia

Senarai pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia. Sesiapa pun yang bekerja makan gaji mahu dibayar gaji tinggi atau gaji mahal setimpal dengan kerja dan kelayakan. Namun, persaingan yang sengit dalam pasaran kerja sekarang dengan ramai orang yang berpendidikan tinggi menyebabkan ada antara kita yang tercicir dengan bekerja di luar daripada kelayakan akademik yang diperolehi. 
Gaji Tertinggi Di Malaysia
Bagi individu lepasan sekolah yang masih mencari jurusan terbaik untuk membina kerjaya mungkin inilah masanya anda membuat keputusan. Namun, bagi yang sudah bekerja tidak mustahil untuk mengubah kerjaya bagi meraih pendapatan yang lebih baik.

Dalam kajian dijalankan oleh portal pencari kerja, Jobstreet.com, 10 pekerjaan yang menawarkan gaji tertinggi di Malaysia disenaraikan berdasarkan senarai majikan diperoleh di laman web itu bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.

Kaji selidik Jobstreet mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif khusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji yang lebih tinggi atau mahal. Purata gaji dinyatakan adalah sebanyak RM2,800 sebulan.

Senarai ini adalah untuk kerangka gaji permulaan. Ia boleh meningkat dalam masa sebulan dan seterusnya. Berikut adalah 10 pekerjaan dengan gaji yang tertinggi di Malaysia :

1. FARMASI: RM3,640
2. STRATEGI KORPORAT: RM3,200
3. PERKHIDMATAN KEWANGAN: RM3,054
4. DOKTOR: RM2,719
5. JUALAN-KEJURUTERAAN/IT: RM2,612
6. GEOFIZIK: RM2,600
7. PENERBANGAN: RM2,533
8. SAINS AKTUARI: RM2,475
9. KORPORAT: RM2,456
10. IT-PERISIAN: RM2,452

Memang menarik apabila melihat kepada angka gaji ditawarkan namun perlu diingat, bukannya mudah untuk berjaya dalam jurusan yang dinyatakan di atas. Ianya memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan fokus yang tinggi untuk berada pada tahap terbabit.

Bagi golongan lepasan sekolah, ketahui minat anda dan buat pilihan yang betul. Kaji pasaran semasa dan ketahui bidang yang mempunyai permintaan tinggi ketika ini dan pada masa akan datang. 

Perlu diingat, tidak guna mengejar gaji tinggi untuk memilih kursus kerana desakan, bukannya minat sendiri. Buat penilaian terbaik dengan merujuk kepada kaunselor atau pensyarah. Kerjaya adalah sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat bukannya faktor gaji semata-mata. Jika hanya bergantung kepada bayaran, anda mungkin tidak akan kekal dengan sesuatu pekerjaan dan terus mengejar hingga tua.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now