Senarai Penerima Pingat Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke 69 Tahun 2014

Senarai Penerima Pingat Hari Keputeraan Sultan Selangor 2014 Ke 69. Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini 11 Disember 2014.
Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).
Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke 69Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail adalah penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.
Dua anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita iaitu Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Penerima lain D.P.M.S. ialah Duta Malaysia Ke London, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany.
Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd, Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad; dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ir Abdul Ghani Hashim.
Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.
Mereka ialah Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Nazri Abu Bakar; Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah, Brig Jen Jalaluddin Manan; Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh, Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh a/l Chand Singh; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Ir Mohamad Dalib; Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group, Tan Sri Dr Ir Gan Thian Leong.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd, Mohamad Lotfy Mohamad Noh; Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin; kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat; Perunding Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lee Eng Lam; Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Dr Dahlia Rosly; Pengarah Audit Jabatan Audit Negara, Ong Swee Leng; dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin.
Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.), seramai 14 orang menerima darjah berkenaan iaitu Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor, Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Pengarah Apex Group of Companies, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Slamat Yahya; dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.
Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Abdul Shukor Juraimi; Felo Penyelidikan UPM, Prof Dr Yoshihito Shirai; Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Kamarruddin Asri; Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jaswant Singh a/l Jai Singh; Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Tun Hussein.
Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia, Mano a/l Verabathan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Siti Zaleha Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohamed Izam Mohamed Yusof; Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS, Norzila Sidek; dan pelukis '22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor', Haron Mokhtar.
Sementara itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).
Selain itu, 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).- BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now