Senarai Rombakan Ketua Jabatan Dan Agensi Negeri Melaka Bermula 1 Januari 2015

Senarai Rombakan Ketua Jabatan Dan Agensi Negeri Melaka 2015
Senarai Rombakan Ketua Jabatan Dan Agensi Negeri Melaka Bermula 1 Januari 2015. Kerajaan Melaka hari ini akan melakukan rombakan besar-besaran membabitkan beberapa ketua jabatan dan agensi di negeri Melaka berkuatkuasa 1 Januari 2015 depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, rombakan terbabit adalah sebagai usaha untuk memantapkan pentadbiran kerajaan negeri sejajar dengan sasaran Melaka sebagai negeri maju fasa kedua.
Senarai Rombakan Ketua Jabatan Dan Agensi Negeri Melaka Bermula 1 Januari 2015
Berikut adalah antara rombakan Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Melaka bermula 1 Januari 2015 seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka :
1) Datuk Zainal Husin (bekas Pegawai Kewangan Negeri) - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 
2) Datuk Zainal Abu (bekas Datuk Bandar MBMB) - Pengerusi Melaka Sentral
3)  Mansor Sudin (Setiausaha MBMB) - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 
4) Mohd Derus Che Mat (Pengarah Pengurusan Premis Perniagaan dan Khidmat Pelanggan MBMB) - Setiausaha MBMB 

5) Ahmad Rusli Hamzah - Pengarah Kejuruteraan MBMB 
6) Abu Bakar Md Jani - Pegawai Tadbir Pelaburan yang juga Setiausaha Tabung Amanah Melaka
7) Mustafa Musa - Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) 
8) Nazary Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Taming Sari) - CEO Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka
9) Adham Ahmad sebagai Timbalan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
10) Ghafar Misdar (Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Alor Gajah) - Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Melaka
11) Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Mohd Nizam Omar sebagai Pegawai Khas Penerangan dan Komunikasi Pejabat Ketua Menteri menggantikan Ashakari Abu Noor yang berpindah ke jawatan Pegawai Khas Pehubungan di pejabat yang sama.
Datuk Abu Bakar Abdul dilantik kembali sebagai Pengurus Besar DMDI, diikuti Abdol Mutalib Che Man (Pengurus MIBC Bowlplex Sdn Bhd), Mohd Farouk Sultan (Pengurus Solar dan Hijau Kumpulan Melaka Berhad), Datuk Nor Adibah Abdullah (Pegawai Khas Agama) dan Ramli Md Ali (Pegawai Khas Pelaburan-Perhubungan Industri).
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now