Senarai Syarikat Yang Terlibat Dengan Penipuan Umrah

Senarai syarikat yang dibatalkan kerana terlibat dengan penipuan pakej UMRAH. umrah merupakan ibadah yang dilaksanakan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa selain bulan haji dan perlu berihram, tawaf, saie dan bertahallul mengikut tertib. Umrah juga dikenal dengan haji kecil oleh masyarakat. Sebagaimana haji kefardhuan umrah juga tertakluk sama seperti syarat dalam ibadat haji iaitu Islam, baligh, berakal dan mampu. Tuntutan umrah turut tertakluk berdasarkan  kemampuan mereka sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit. 
Penipuan Umrah

Senarai Penipuan Dan Penyelewengan Umrah

Tahun demi tahun  penipuan dan penyelewengan agensi pengendali umrah yang dilaporkan meningkat berdasarkan statistik kes yang difailkan  di Tribunal Tuntutan  Pengguna Malaysia (TTPM). Mengikut rekod daripada TTPM  pada tahun  2009 hanya 37 kes yang dicatat berbanding pada tahun 2010 sebanyak 155 kes dan 164 kes pada tahun 2011. Peningkatan kes yang ketara dalam dua tahun kebelakangan ini memberikan satu petunjuk yang kurang baik di mana anasir-anasir yang menjurus kepada penipuan sedang masuk ke dalam industri dan keadaan ini perlu dikawal agar tidak membarah dalam masyarakat.

Perkembangan industri  ini telah membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak lagi syarikat untuk masuk ke dalam bidang perniagaan ini sebagai agensi pengendali umrah. Permintaan yang tinggi daripada masyarakat yang berkehendakkan perkhidmatan syarikat pengendali umrah menyebabkan industri ini berpotensi untuk berkembang lebih jauh lagi dan berkeupayaan menjana keuntungan yang sangat besar. 

Walau bagaimanapun, melalui dan menjalani proses perkembangan ini, perjalanan industri ini  tidak terlepas daripada anasir-anasir buruk iaitu dimasuki oleh agen-agen yang  tidak bertanggungjawab. Mereka hanya masuk untuk meraih keuntungan mudah sama ada dengan menjadi agen atau agensi pengendali umrah palsu dengan menipu wang pelanggan semata-mata atau menjalankan perkhidmatan pakej umrah tetapi tidak peduli terhadap  kualiti perkhidmatan yang dijanjikan terhadap  pelanggan.

Senarai Syarikat Yang Terlibat Dengan Penipuan Umrah

Bil.TahunNama SyarikatTindakan
1.2009Warith NY Travel & ToursPembatalan lesen
2.2009Tijaratun Nur Travel & ToursPembatalan lesen
3.2010Qaisar Travel & TourPembatalan lesen
4.2010Permata El-Nur Travel & ToursPembatalan lesen
5.2010Hijjaz Legend Travel & ToursPembatalan lesen
6.2012J & J Mesra Travel & ToursPembatalan lesen
7.2013Seven Seas Travel & ToursPembatalan lesen
SUMBER - MOTAC

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

3 comments.. read them below or add one

kucha lana kucha lana 15 Disember, 2014
bagus info nie..semoga tiada lagi pihak yang tertipu dengan mereka yang bertopengkan agama untuk mengaut untung
Alongxp Alongxp 15 Disember, 2014
nama syarikat kemain, tapi... menipu...
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 15 Disember, 2014
Pakej umrah pun sanggup tipu orang..huh