Senarai Topik Hangat Dan Popular Di Facebook 2014

Topik hangat dan popular di Facebook 2014. Facebook pada 10 Disember 2014 telah mengumumkan senarai 10 topik yang menjadi viral, popular ataupun bualan orang ramai di seluruh dunia sepanjang tahun 2014. Senarai topik hangat ini berdasarkan jumlah post, komen, likes, gambar dan video yang dikongsi di laman sosial Facebook.


Senarai Topik Hangat Dan Popular Di Facebook 2014

Antara topik terhangat tahun 2014 adalah Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang menyaksikan Jerman menjulang piala berprestij ini dengan mengalahkan Argentina dalam perlawanan akhir. Wabak virus ebola di benua Afrika juga menjadi viral kerana ianya sangat bahaya dan telah mengorbankan hampir 7,000 nyawa sejak Mac 2014 lalu.

Topik Hangat Dan Popular Di Facebook 2014
Sumber grafik - BH online

Berikut adalah senarai topik terhangat dan popular di Facebook sepanjang tahun 2014 untuk makluman semua:

1. Piala Dunia FIFA World Cup Brazil 2014
2. Wabak virus Ebola
3. Pilihanraya Brazil 2014
4. Robin Williams
5. Cabaran Ice Bucket 'Challenge'
6. Konflik di Semenanjung Gaza antara Palestin dan Israel
7. Malaysia Airlines MAS MH370 dan MH17
8. Kejohanan Super Bowl Amerika
9. Michael Brown/Ferguson
10. Sukan Olimpik Musim sejuk Sochi Winter Olympics

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now