Banyak Betul Saman Tertunggak Pemandu Singapura Di Malaysia

Statistik Saman Tertunggak Pemandu Singapura Di MalaysiaBiasalah negara jiran paling maju dengan kecanggihan jentera kenderaan yang terkini. 

Saman Tertunggak Pemandu Singapura Di Malaysia
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff pada sidang media, hari ini berkata pemandu rakyat Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu sebanyak 313,661 saman atau 37.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 838,510 saman membabitkan warga asing yang direkodkan sejak 2000 sehingga 2013.

Statistik Jumlah Saman Tertunggak Paling Tinggi Negara Asing
1) Warga Singapura - 313,661 saman
2) Warga Brunei - 48,179 saman 
3) Warga Thailand (17,654) saman
4) Warga Indonesia (2,614) saman
5) Lain-lain negara (456,402 saman
"Saya menggesa semua pemandu warga asing yang memiliki saman tertunggak agar menjelaskannya segera sebelum memasuki ke negara ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan.
"Ia berikutan cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan operasi kesan warga negara asing yang masih mempunyai saman dan waran tangkap trafik," 
Selain saman tertunggak, rakyat Singapura turut mempunyai waran tangkap kedua tertinggi dalam senarai warga asing iaitu 4,621 manakala rakyat Indonesia paling tinggi iaitu sebanyak 6,575, Thailand (1,360), Brunei (398) dan Jepun (125).

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 10 Disember, 2014
Sepatutnya dari dulu, Malaysia penakut..