Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim

Sultan Selangor tarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim. Kemelut Menteri Besar Selangor yang lalu adalah antara punca menyebabkan gelaran 'Datuk Seri' milik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan oleh Sultan Selangor. Untuk makluman gelaran 'Datuk Seri' telah diberikan kepadanya pada tahun 1992 dan pelucutan gelaran ini berkuat kuasa pada 3 November 2014.
gelaran datuk tarik balik
Perlucutan darjah kebesaran ini merupakan antara kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik di mana sebelum ini Dr Khir Toyo, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Chua Jui Meng pernah ditarik balik gelaran Datuk oleh Istana Selangor, Kelantan dan Johor. 

Kenyataan Istana Selangor pada hari ini, Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran itu dibuat kerana Anwar mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja sejak akhir 2013 termasuk dalam menyelesaikan kemelut menteri besar baru-baru ini.


"Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz (S.S.S.A) yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim pada 1992, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," 

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi  layak untuk memegang sebarang gelaran.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now