Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Berikut dikongsikan tarikh pembayaran BR1M sepanjang tahun 2015 ini. Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2015 perlu dibuat bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2014 bagi memastikan proses pembayaran BR1M 2015 berjalan lancar.
* Terkini 20-12-2014 : Bayaran BR1M 2015 akan dibayar pada 15 Januari 2015
Proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my/.
Bayaran BR1M 2015

Tarikh Dan Jadual Bayaran BR1M 2015

Proses permohonan dan kemaskini juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat khidmat hasil/Pusat Transformasi Bandar LHDNM atau pejabat daerah.
"Kerajaan telah menghantar surat mulai 1 Nov ini untuk meminta penerima sedia ada mengemas kini maklumat peribadi merangkumi pasangan/tanggungan;alamat terkini untuk memastikan tidak berlaku keciciran semasa proses pengeposan surat.
"...maklumat tepat akaun bank pemohon memandangkan pembayaran BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali setahun dan maklumat waris pemohon di bawah kategori isi rumah serta warga emas bagi tujuan pembayaran khairat kematian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
* Terkini 27 Disember 2014 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pemberian Bantuan Rakyat Malaysia (BR1M) yang dijadualkan hujung bulan depan dipercepatkan ke pertengahan Januari ini untuk bantu mangsa yang ditimpa banjir.

Borang Kemas Kini untuk penerima sediada akan dihantar oleh Kerajaan mengikut alamat dalam rekod mulai 24 Nov 2014.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my.

TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2015 (Tarikh bayaran BR1M 2015)

1) Individu Bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350

  • Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015

2) Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950

  • Bayaran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
  • Bayaran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
  • Bayaran ketiga:RM 350 pada 28 September 2015 (Pembayaran diawalkan ke 21 Sept 2015)

3) Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750

  • Bayaran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
  • Bayaran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
  • Bayaran ketiga:RM 350 pada 28 September 2015 (Pembayaran diawalkan ke 21 Sept 2015)

SENARAI BANK UNTUK PEMBAYARAN BR1M 2015 DI SINI

Bagi Skim Perlindungan Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.
  • Borang tuntutan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau 
  • menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27152716 atau 
  • emel ke i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now