Tarikh Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah 2015

Tarikh Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah 2015. Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan dilangsungkan di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada 6 Mei 2015 tahun depan.


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayop Hashim berkata, dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November 2014, Sultan Nazrin berkenan menetapkan Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 dilangsungkan pada 6 Mei 2015.

Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal pada malam keesokannya.

Sultan Nazrin bersama Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim selanjutnya akan berangkat menziarahi makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk lntan.

Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkat Sultan Nazrin untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah iaitu tempat pertama Sultan Perak pertama Sultan Muzaffar Shah I menjejakkan kaki ketika sampai di bumi Perak.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Etuza Etuza Etuza Etuza 05 Disember, 2014
Asalam best blog ni ..tahnia, follower ada ke nji ya..salam kenal http://madey09.blogspot.com/2014/12/kenduri-di-blog-etuza-kenyangkan-mata.html