Tawaran Biasiswa IUMW Untuk Pelajar SPM 2014

IUMW
Berita baik untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2014 apabila The International University of Malaya-Wales (IUMW) akan menawarkan biasiswa bernilai RM6.8 juta untuk kursus asas menerusi kempen 'Let's go to University in 2015'.  

Menurut Presiden IUMW, Prof Dr Hamzah A. Rahman, dengan bantuan biasiswa IUMW, pelajar hanya perlu membayar 

1) RM5,000 untuk asas Sastera 
2) RM6,000 untuk asas Sains

* Nota - yuran standard tanpa biasiswa ialah dari RM12,000 dan ke atas.  

IUMW menawarkan dua intake pengambilan bagi kursus asas, intake pertama bermula Mac tahun 2015 dan kedua pada Julai 2015.   

IUMW juga akan menawarkan kursus persediaan khas untuk lepasan SPM 2014 bermula 12 Januari hingga 27 Februari 2015, di mana mereka akan diajar matematik persediaan, pemikiran kritikal dan etika profesional, kemahiran belajar dan bahasa Inggeris.   

"Yuran untuk kursus ini ialah RM500 dan akan dikreditkan kembali kepada pelajar bila mereka mendaftar untuk program asas"   

Pelajar mestilah memiliki sekurang-kurangnya lima kredit dalam percubaan SPM untuk mereka dipilih masuk.  

"Kami mempunyai sejumlah 500 tempat untuk kursus persediaan dan 1,000 tempat untuk biasiswa (asas)," 

Cara Buat Permohonan Biasiswa Dan Kursus Persediaan Ke IUMW 2015

  • Datang sendiri ke Kampus IUMW di Jalan Tun Ismail bermula 10 Disember 2014 Permohonan secara online di IUMW.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now