Terkini FAM Benar 4 Pemain Import Turun Serentak Di Liga Malaysia 2015

4 Pemain Import Turun Serentak Di Liga Malaysia 2015
Terkini FAM Benar 4 Pemain Import Turun Serentak Di Liga Malaysia 2015. Berita baik untuk peminat bolasepak tempatan apabila FAM memutuskan untuk membenarkan empat pemain import bagi setiap pasukan  untuk diturunkan serentak dalam setiap perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2015 depan.

Ini bermakna FAM buat pertama kali membenarkan empat pemain import diturunkan sekali gus iaitu tiga pemain antarabangsa dan seorang pemain dari Asia. Keputusan ini dibuat atas permintaan majoriti pasukan dalam Liga Super dan Perdana Malaysia 2015.

Sebelum ini hanya tiga pemain dibenarkan atas padang pada sesuatu masa perlawanan dan keputusan ini bakal menjadikan saingan Liga-M lebih kompetitif.

Kempen Liga-M akan bermula dengan Piala Sumbangsih membabitkan perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor pada 31 Januari 2015.

Tarikh awal perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini adalah pada 16 Januari 2015 tetapi diubah ke 31 Januari 2015 berikutan beberapa perkara berkaitan persiapan musim baharu belum selesai sepenuhnya termasuk soal penajaan Liga-M. 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 20 Disember, 2014
Entahlah dengan bolasepak harimau malaya ni, terlalu banyak kepentingan politik..