Terkini Lelaki Bersenjata Tawan Pelanggan Tebusan Dalam Kafe

Terkini Lelaki Bersenjata Tawan Pelanggan Tebusan Dalam Kafe Di Sydney, Australia. Menurut Reuters, kira-kira 10 pekerja kafe sedang bertugas apabila mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di Sydney dan kemungkinan terdapat sekurang-kurangnya 30 pelanggan ketika itu, lapor Sky Business. Seorang eksekutif Lindt Australia berkata demikian mengenai insiden yang berlaku di kafe Lindt.
Sementara itu, Sky Business memetik Ketua Eksekutif Lindt, Steve Loane berkata, kemungkinan terdapat 30 dalam kafe berkenaan. 
Terkini Lelaki Bersenjata Tawan Pelanggan Tebusan Dalam Kafe

Menurut AFP pula, tiga orang berjaya meloloskan diri daripada sebuah kafe yang ditawan oleh seorang lelaki bersenjata di ibu kota Sydney, Australia sejak awal pagi tadi.

“Tiga orang muncul dari pintu belakang kafe di Martin Place,” maklum Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Catherine Burn yang turut berkata sehingga kini tiada sesiapa yang dicederakan selepas drama tebusan selama enam jam itu berlangsung.

“Kami akan mendapatkan maklumat dari mereka untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya lagi.

Sebelum ini sekumpulan tawanan dilaporkan ditahan oleh sekumpulan penculik bersenjata dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kafe di Sydney sejak pagi Isnin.

Dakwa seorang saksi, dia turut melihat sebuah bendera hitam putih dengan tulisan Arab dikibarkan dari tingkap kafe terbabit. 

Kafe terbabit terletak di Martin Place, sebuah kawasan perniagaan yang sibuk.

Sejurus kejadian, pihak berkuasa mengarahkan kawasan terbabit ditutup dan anggota polis dilihat mengepung Lindt Chocolat Cafe.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Alongxp Alongxp 15 Disember, 2014
Ni yang masuk berita tadi... nampak ada yang berlari keluar tadi