Tiga Calon Akhir Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

Anugerah Ballon d'Or 2014. Tiga pemain bolasepak terbaik telah tersenarai pendek dalam senarai terakhir pemenang anugerah FIFA, Ballon d'Or 2014. Seperti dijangka Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Manuel Neuer adalah calon yang telah tersenarai.

Ronaldo adalah pemenang Ballon d'Or 2013 tahun lalu manakala Messi telah memenangi anugerah sebanyak empat kali. Neuer, bintang dari Bayern Munich merupakan penjaga gol pertama yang termasuk dalam senarai pendek sejak Gianluigi Buffon disenaraikan pada tahun 2006 dan kini menyasarkan untuk menjadi penjaga gol pertama yang memenangi anugerah itu sejak Lev Yashin pada tahun 1963.

Senarai penuh semua calon Ballon d'Or 2014 di SINI.

Anugerah FIFA diperkenalkan pada 1991 sebelum bergabung dengan anugerah Bola Sepak Perancis Ballon d'Or, yang bermula sejak tahun 1956, pada tahun 2010. Pemenang akan diumumkan pada 12 Januari 2015 dalam satu majlis di Zurich.

Sementara itu pengurus Jerman Joachim Loew, pengurus Real, Carlo Ancelotti dan pengurus Atletico, Diego Simeone telah dicalonkan untuk anugerah Coach of the Year.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now