Titah DYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Kepada Rakyat Jelata

Berikut adalah titah Sultan Kelantan DYMM Sultan Muhammad V mengenai situasi terkini Kelantan dilanda bencana banjir yang teruk. Sumber FB UKMB
Titah DYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V
PERKEMBANGAN MUKTAAKHIR INI, NEGARA PADA AMNYA, DAN NEGERI KELANTAN KHASNYA TELAH DITIMPA MUSIBAH BANJIR YANG AGAK LUAR BIASA. BANJIR YANG MENIMPA RAKYAT BETA ADALAH SEBAHAGIAN DARI QADA DAN TAQDIR ALLAH. HAL INI HARUS DI YAKINI DAN DI IMANI.
ATAS DASAR KEIMANAN, MUSIBAH PERLU DITERIMA DENGAN PENUH BERLAPANG DADA, BERSABAR BERTAWWAKAL KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.

EKORAN MUSIBAH BANJIR YANG MELANDA INI RAKYAT BETA, BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN, KELAPARAN, KERUSAKAN HARTA BENDA, KEMATIAN, DAN KEKURANGAN HASIL MAHSUL.

BETA BERHARAP RAKYAT DAPAT MENGHADAPI MUSIBAH INI DENGAN BANYAK BERFIKIR DAN BERZIKIR KE HADRAT ALLAH.

BETA MERAKAMKAN UCAPAN TAZKIAH KEPADA MANGSA BANJIR. BETA AMAT DUKACITA DAN BERKONGSI RASA SIMPATI ATAS KERUSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN NYAWA, RASA KETAKUTAN DAN GUNDAH GULANA.

BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JABATAN DAN AGENSI NEGERI, PERSEKUTUAN, PIHAK NGO, SWASTA, INDIVIDU, SELURUH MASYARAKAT YANG TELAH BERSATU HATI DALAM USAHA MEMBANTU, MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.
KEPADA SEMUA AHLI MASYARAKAT, HARUS BERSIKAP PEKA DAN SENSITIF TERHADAP MUSIBAH INI. JANGANLAH ADA DIKALANGAN AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF, INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH, DENGAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG MENAMBAHKAN KEKERUHAN DAN KEKUSUTAN DALAM MASYARAKAT. UJIAN SEBEGINI RUPA, BUKAN MASA UNTUK MANA-MANA PIHAK MENUNDING JARI, MENELANJANG, MENYALAHKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU.
BETA BERHARAP KEPADA SELURUH ALIM ULAMA, DAN MASYARAKAT TERUS BERDOA, MENGADAKAN SEMBAHYANG HAJAT DIMASJID DAN SURAU AGAR UJIAN DAN MUSIBAH INI TIDAK BERTAMBAH BURUK, MALAH SEGERA PULIH.
MARILAH KITA SEGERA MENEROPONG DIRI, MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH, SERTA MEMPERBAIKI LANGKAH-LANGKAH KITA, YANG MUNGKIN TELAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.
MARILAH KITA MENGHULURKAN TANGAN PERSAHABATAN DENGAN ALAM SEKITAR. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA DAN MALAPETAKA YANG TERJADI SEMUA ITU AKIBAT DARI OLAHAN TANGAN-TANGAN KITA.
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN MUSIBAH INI DENGAN KEBAIKAN YANG BANYAK.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


3 comments.. read them below or add one

Aretikz Aretikz 28 Disember, 2014
Yup.. marilah kita semua2 berdoa untuk kawasan yang terjejas banjir..
Tanpa Nama Tanpa Nama 28 Disember, 2014
Betui tu tuanku tangan2 kita.... puak pas apa mikin....jgn asik nk berbalah ja sesama islam ngan kapir dap bukan main cium pipi laie