Top 10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing

Umpan paling popular kaki pancing semasa memancing. Umpan dan mata kail memang tidak boleh dipisahkan ibarat lagu dan irama. Andai tiada salah satu, maka tidak jadilah pancingan anda untuk hari itu. Oleh itu apakah umpan yang selalu pemancing gunakan ketika memancing? 

Umpan Paling Popular Kaki PancingPelbagai jenis umpan digunakan untuk menarik spesies-spesies ikan tertentu. Setiap umpan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu menarik perhatian ikan-ikan yang ingin anda ‘tundukkan’. 

Berikut disenaraikan sepuluh jenis umpan paling popular dalam kalangan kaki pancing.

  1. 1. CACING
Umpan paling ‘laris’ untuk menangkap ikan air tawar. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan mudah didapati. Antara spesies yang menggemari umpan ini adalah seperti keli, lampam, terbul, susur batang, haruan, puyu, dan banyak lagi.

  1. 2. GEWANG
Umpan tiruan dan terbahagi kepada dua jenis, hard lure dan soft lure. Jika pemancingan di laut, kaki pancing menggunakan gewang jenis jig. Berbentuk seperti kebanyakan spesies hidupan laut yang dijadikan umpan. Sesuai untuk menangkap pelbagai jenis ikan pemangsa mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai.

  1. 3. BIJI KELAPA SAWIT
Banyak digunakan untuk memancing kelah bersaiz besar. Cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau rendam biji sawit selama beberapa hari sehingga ia mengeluarkan bau tengik. Bukan mudah untuk ‘menjatuhkan’ ego sang kelah. Biji sawit dicangkukkan pada mata kail dan digunakan ketika pemancingan di sungai, hulu sungai atau tasik yang bersambung dengan sungai.

  1. 4. UMPUN-UMPUN
Digunakan untuk menjatuhkan spesies yang tinggal di habitat berlumpur atau kawasan muara. Ia dapat menundukkan spesies seperti sembilang, gelama, dan udang galah.

  1. 5. UDANG
Salah satu daripada umpan kegemaran ikan. Udang sungai gantung lebih sesuai untuk memancing ikan yang mendiami kawasan sungai pergunungan atau tasik. Udang perlu dicangkuk dengan betul kerana ia mudah mati dan hancur apabila digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal. Banyak digunakan untuk menangkap siakap, jenahak, ikan merah, kerapu, baung, dan banyak lagi.

  1. 6. SOTONG
Umpan terbaik. Gunakan sotong segar untuk menarik minat ikan.

  1. 7. TELUR KERENGGA
Terbaik untuk ‘menjinakkan’ puyu, sepat atau haruan. Biasanya telur kerengga yang berwarna putih akan dibakar atau direbus. Dengan mudah, dapat menaikkan sasaran anda hari itu!

  1. 8. KATAK
Umpan terbaik utnuk menangkap spesies ikan snake head. Ikan yang sukakan umpan ini adalah haruan, bujuk, dan toman bunga. Selepas memasang katak pada mata kail, cara permainannya adalah sama. Sama ada dibaling tarik atau mengunjunnya pada celahan pokok.

  1. 9. BELALANG
Banyak digunakan untuk memancing ikan ‘darat’ atau ikan sawah. Lokasi terbaik untuk mencari belalang adalah di kawasan pokok keladi atau rumput di tepi parit dan padang. Biasanya kedua belah kaki belalalng dibuang dan dicangkukkan pada mata kail.

  1. 10. CENGKERIK
Mempunyai fungsi yang sama seperti belalang dan lebih mudah didapati. Hanya perlu dibeli di kedai-kedai akuarium sahaja.


Selain umpan yang akan dikongsikan di atas, terdapat beberapa petua yang para pemancing perlu ambil kira. Antaranya adalah seperti kata PETUA kaki pancing Terengganu, Alwi Ali, 52, iaitu pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing ialah beritahu isteri atau keluarga, begitu juga majikan. Selain itu, pastikan semua urusan dibereskan. "Jangan meninggalkan masalah di rumah. Ini termasuk meninggalkan duit belanja dan keperluan sekolah anak-anak," katanya yang turut menasihatkan kaki pancing supaya memperolehi umpan di laut kerana ia adalah umpan segar dan yang terbaik untuk ikan di situ. Pilihlah sotong, kembung atau selar sebagai umpan, katanya. 

Mengenai awan, Alwi berkata, awan hitam pekat biasanya akan membawa bersama ribut dan hujan tetapi dalam masa yang singkat. Dalam tempoh sejam ia akan reda dan kembali tenang. "Ribut ini datang bersama angin dari arah barat laut dan muncul secara tiba-tiba," katanya sambil menasihatkan jika awan hitam kelihatan, pemancing perlu segera kembali semula ke darat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Ketika ribut, kilat turut memancar dan kelihatan seolah-olah mencecah permukaan laut. Lazimnya ribut ini berlaku pada Jun, Julai dan Ogos.



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now