Tunku Jalil Tunku Laksamana Johor Selamat Jalani Pembedahan Di China

Tunku Jalil Tunku Laksamana Johor
Tunku Jalil Tunku Laksamana Johor Selamat Jalani Pembedahan Di China. Alhamdulillah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang selamat menjalani pembedahan, semalam kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Guangzhou, China.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu.
"Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.
"Justeru, sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Jemaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Tunku Abdul Jalil kini sedang berehat dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan di sini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Serindit, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, sebentar tadi - BH online

Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor
Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, saya dengan ini memaklumkan bahawa Yang Amat Mulia, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor, telah selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, Yang Amat Mulia Tunku kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Guangzhou, China.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu. Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.
Justeru, sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim kembali sihat seperti biasa. Semoga Allah SWT akan memakbulkan doa kita semua. Insya-Allah.
MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now