Tweet Palsu Jualan Tiket Online Final Piala AFF 2014 Dibatalkan

Tweet palsu guna nama Astro Awani. Petang ini tersebarnya satu tweet menggunakan handle “Astro Awani” yang mendakwa semua tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 yang dibeli secara online melalui TicketHotline adalah dibatalkan.

Tweet ini adalah palsu dan tidak benar kerana Astro AWANI ingin menyatakan bahawa kami tidak pernah memuat naik hebahan berkenaan di akaun Twitter rasmi kami.


tweet palsu astro awani

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tickethotline International Sdn Bhd, Azril Mat Drus mengesahkan bahawa penjualan tiket perlawanan tersebut masih berjalan lancar dan semua pembelian melalui laman web www.tickethotline.com.my adalah sah. 

Untuk rekod, akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani telah digunakan sejak dua tahun lalu dan sehingga kini telah mengumpul sejumlah hampir 310,000 pengikut - Lapor Astro Awani

Untuk informasi tentang tiket online Malaysia vs Thailand boleh rujuk di SINI.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now