Video Air Di Empangan Pattani Thailand Melimpah Ke Jalanraya

Video Air Di Empangan Pattani Thailand

Video Air Di Empangan Pattani Thailand Melimpah Ke Jalanraya. Air di empangan Pattani, Selatan Thailand telah melimpah ke kawasan tebing susulan hujan lebat berterusan selama beberapa hari.

Banjir di Selatan Thailand diburukkan lagi dengan limpahan air dari empangan pattani di daerah Yarang. Paras air naik lagi disebabkan hujan lebat berterusan selain 70 peratus air dari utara Sungai Pattani dan Saiburi memasuki  wilayah berkenaan. Amaran dikeluarkan kepada penduduk di sekitar empangan, meminta mereka berpindah. Limpahan air dijangka memasuki kawasan kebun, sawah padi, serta kediaman di Bandar Patani. 

Kawasan liputan banjir juga dilaporkan semakin meluas. Manakala di wilayah yala, beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan di antara Kampung Raekokjang, Daerah Thanto, sejak awal pagi tadi. Kejadian menyebabkan Jalan Utama Yala - Betong, terpaksa ditutup sementara bagi menjalankan kerja-kerja pemulihan. Beberapa buah perkampungan turut terputus hubungan akibat tiang elektrik dan pokok tumbang menghalang pergerakan lalu lintas. Angka korban banjir di selatan Thailand kini meningkat kepada lapan orang, empat daripada mangsa adalah kanak-kanak.



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now