Malaysia Vs Thailand Piala AFF Suzuki 17-12-2014

Malaysia Vs Thailand Piala AFF Suzuki 17-12-2014. Thailand akhirnya berjaya menang dengan dua gol dalam tempoh 15 minit untuk mendapatkan modal selesa menewaskan Malaysia 2-0 dalam final pertama, Piala AFF Suzuki di Bangkok, sebentar tadi.
Video Jaringan Gol Malaysia Vs Thailand Piala AFF Suzuki 17-12-2014

Harimau Malaya berjaya menyerap tekanan Thailand yang bermain style Tiki Taka sehingga minit ke 71 bakal meniti ranjau sukar apabila bertemu skuad Gajah Perang ini dalam final kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, 20 Disember 2014.
Thailand pimpinan Kiatisuk Senamuang mengesahkan kemenangan penting ini di Stadium Rajamangala menerusi jaringan Charyl Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thaweekarn pada minit ke-86.
SENARAI PEMAIN: 
Thailand: Kawin Thamsatchanan (kapten), Perapat Notechaiya,Kroekrot Thawikan, Suttinum Phukhom, Sarach Yooyen, Charyl Yannic Chappuis, Adisak, Kraisohn, Mongkol Thosakrai,Narubadin Weerawatnodom, Tanaboon Kesarat, Chanathip Songrasin 
Jurulatih: Kiatisuk Senamuang

Malaysia: Mohd Farizal Marlias, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badgri Mohd Radzi, S.Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Azammuddin Mohd Akil, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadli Shas

Jurulatih: Dollah Salleh

 Pengadil: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)
Video Jaringan Gol Malaysia Vs Thailand 17-12-2014

0 comment... add one now