Whatsapp Palsu Malaysia Jadi Sasaran Pengganas Semasa Krismas 2014

Whatsapp Palsu Malaysia Jadi Sasaran Pengganas Semasa Krismas 2014. Berikut adalah petikan status dari Laman FB Rasmi PDRM mengenai maklumat palsu di Whatsapp.

whatsapp palsu

SEBARAN MAKLUMAT PALSU BAHAWA MALAYSIA ADALAH SASARAN SERANGAN KUMPULAN PENGGANAS
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang meminta agar orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat awam buat sementara waktu, kononnya kerana Malaysia telah menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas
Maklumat tersebut turut mendakwa bahawa kerajaan telahpun mengeluarkan amaran berhubung perkara tersebut dan meminta agar orang ramai berwaspada.

Adalah dengan ini disahkan bahawa maklumat tersebut adalah PALSU dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.
PDRM ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas. Kegusaran tanpa sebab akan hanya mendatangkan ketakutan kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan seperti biasa, sehingga menjejaskan kualiti hidup seharian.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berkongsi dan menyebar maklumat-maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN
23 Disember 2014
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now